Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Cahaya mata merupakan penyeri kepada sesebuah rumah tangga. Dengan kehadiran mereka menambahkan lagi suasana ceria. Biar pun badan berasa penat dengan urusan seharian namun mampu untuk kembali segar apabila lihat si kecil berlari ke pangkuan.
Kaum bapa antara yang sering berkorban dari segi masa dan tenaga agar dapat menjamin keluarga hidup sempurna. Namun berbeza bagi seorang yang berkerjaya sebagai anggota tentera.
Pasangan perlu memahami waktu dan cara mereka bertugas kerana tidak mempunyai masa yang tetap seperti kerjaya yang lain. Bila-bila masa sahaja perlu keluar dari rumah dan berada di kem latihan untuk memastikan Negara aman dari segala ancaman.
Bercerita mengenai keluarga dan askar, seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang berpisah selama 13 bulan dengan anak dan isteri demi tugas akhirnya dapat pulang bertemu mata. Namun momen anak perempuannya pula yang menjadi perhatian.
Hajat lelaki tersebut untuk memeluk erat anak perempuannya yang berusia empat tahun tidak kesampaian apabila si kecil tersebut mengelak. Dia yang menangis di pangkuan ibu kerana sudah pun tidak mengenali bapanya.
Isterinya cuba menenangkan si anak dan memberitahu lelaki yang berdiri di depan adalah bapanya. Namun si kecil tersebut berterusan menangis dan langsung tidak mahu memandang ke arah lelaki yang berpakaian seragam TNI.
Kemudian, wanita berkenaan mengambil pendekatan dengan mendukung anaknya secara perlahan-lahan lalu mendekati suami. Tetapi anak mereka masih juga tidak boleh terima dan menyorokkan wajah dalam dakapan ibu.
Sudah pasti perkongsian tersebut menjadi perhatian warganet di Negara jiran. Pengorbanan sebegini antara perlu dilalui oleh ramai anggota tentera. Perasaan rindu menyelubungi diri namun bila berjumpa, si kecil pula sudah pun tidak mengenali bapa mereka.
Kesimpulannya, sama-sama lah kita menghargai anggota tentera yang banyak berkorban demi keamanan Negara. Sudah pasti jasa mereka tidak mampu dibalas biar pun dengan wang ringgit.