Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Berbelas Tahun Suami Tak Mampu Berjalan, Isteri Tolak Suami Utk Cari Rezeki Runtun Jiwa Ramai

Setiap pasangan suami isteri mestilah mempunyai impian untuk hidup bahagia dan bersenang lenang bersama sama. Tetapi tak semua yang sanggup sama sama susah demi mencapai kejayaan itu.

Banyak kisah sekeliling yang menjadi tauladan dan juga contoh kepada kita semua dalam mencapai kesenangan rumahtangga.

SETIA TOLAK SUAMI SELAMA 16 TAHUN

Sama seperti kisah seorang isteri yang bernama Noor Aklima Husin yang sangat setia selama 16 tahun menolak suaminya yang berada di atas kerusi roda demi mencari rezeki untuk keluarga mereka.

Wanita berjiwa kental ini meneruskan usaha menanam nanas sendiri di kebun yang terletak di Kampung Bukit Gading, Tanah Merah berbekalkan ilmu yang telah dipelajari dengan suaminya dahulu.

Difahamkan, suaminya kini mengidap penyakit lumpuh akibat kecederaan saraf tunjang. dia sebelum ini menjual buah ditepi jalan demi menyara keluarganya.

 

Menurut Aklima lagi, suaminya yang berusia 38 tahun sangat mahir dan tahu selok belok untuk menanam nanas sebanyak 50,000 pohon nanas jenis madu kaca yang mula ditanam hampir tiga minggu lalu itu.

“Suami yang terbaring di kerusi roda ini akan beri saya tunjuk ajar bagaimana ingin menanam nanas sejak dari permulaan lagi kerana saya tidak ada ilmu dalam bidang pertanian ini.”

Aklima dan suami akan sama sama meluangkan masa di kebun nanas ini demi memantau perkembangan kebun tersebut.

“Kami ni saling melengkapi kerana saya masih ada kudrat untuk bekerja manakala suami pula ada ilmu pertanian untuk bercucuk tanam..”

TAK SANGGUP TINGGAL SUAMI

Tambahnya lagi, dia berasa keberatan untuk meninggalkan suaminya sendirian dirumah kerana suaminya kerap diserang sawan dan juga sesak nafas, jadi dia sanggup membawa suaminya kemana sahaja.

Ibu kepada dua cahaya mata ini menjelaskan bahawa menjaga suaminya itu tidaklah sukar kerana hanya menolak kerusi roda sambil membawa beg air kencing yang digantung ditepi kerusi roda tersebut.

“Dia tetap cuba memainkan peranan sebagai ketua keluarga dan tak biarkan saya berseorangan..”

Jelas Aklima lagi, menguruskan suaminya menjadi tidak sukar dengan kehadiran cahaya mata yang sudah berumur 13 dan juga 17 tahun. Mereka hanya perlu menyuap makan dan juga menukar lampin pakai buang.

Begitulah kesusahan yang dihadapi pasangan suami isteri ini demi mencari rezeki buat keluarga. Semoga mereka terus kuat menghadapi ujian yang diberikan ini.

Kongsi artikel ini: