Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Program Big Stage anjuran Astro merupakan salah sebuah rancangan pertandingan berbentuk nyanyian. Peserta yang menyertai program ini adalah daripada mereka yang sudah pun berada dalam industri hiburan.
Rancangan tersebut juga sangat terkenal dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) & Dominasi BBNU berikutan peserta-peserta adalah daripada mereka yang masih berumur remaja.
Big Stage 2020 baru sahaja membuka tirai beberapa minggu lalu. Peserta yang menjadi perhatian ramai adalah penyanyi bersuara lunak, iaitu Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor.
Mungkin ramai yang sudah mengetahui bahawa Usop dinobatkan naib juara dalam program realiti Mentor Milenia 2017. Sehubungan dengan itu, ramai tertanya-tanya kenapa Usop masih berminat untuk menyertai program Big Stage sedangkan namanya sudah pun popular.
Menurut penyanyi berusia 23 tahun ini, tujuan utama dia menyertai Big Stage adalah untuk mentransformasi identitinya. Sebelum ini dia banyak bergerak dan belajar sendiri tanpa guru yang betul.
Jadi dia mengambil peluang ini untuk menambah baik kekurangan dalam diri. Tambahan pula dia juga tidak pandai untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Dalam pada masa yang sama, penyanyi berkenaan tidak malu berkongsi dengan peminat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek Bahasa Inggeris. Difahamkan dia memperoleh gred E untuk subjek berkenaan.
Jelas Usop, dia menganggap dia tiada rezeki untuk peroleh kejayaan dalam pelajaran. Namun siapa sangka dengan minat yang mendalam membuahkan hasil apabila kini sedang mencipta nama dalam bidang nyanyian pula.
Terdahulu Usop pernah berdepan dengan sindiran daripada orang ramai kerana tidak pandai berbahasaa Inggeris. Tapi itu semua adalah lumrah dan Usop menjadikan sindiran tersebut sebagai pemangkin semangat buatnya untuk terus maju.
Keseluruhannya, tiada kejayaan yang akan datang bergolek tanpa usaha. Yang penting tanamkan niat untuk terus maju ke hadapan dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga maju jaya buat Usop dalam industri muzik kelak.