Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rasanya pembaca Info Meecks sudah pun mengenali lebih mendalam selebriti Mohd Razizan Abdul Razak atau nama pentasnya Zizan Razak. Sejak bergelar naib juara untuk program Raja Lawak Musim pertama, namanya semakin mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air..
Boleh dikatakan pengaruhnya sangat besar di jiwa penonton. Lihat sahaja laman Instagram pelawak berkenaan telah pun mencapai lebih 7.5 juta pengikut, menjadikan dia salah seorang selebriti terkenal di Malaysia.
Zizan merupakan antara pelawak yang bersifat bersahaja. Kerjayanya bukan sekadar di atas pentas lawak malah mendapat tempat untuk memegang watak utama dalam filem atau pun drama.
Disebabkan populariti ini lah menjadikan peminat terlalu tertumpu pada segenap aktiviti yang dilakukannya. Dan dalam perkembangan semasa, gara-gara komen yang Zizan tinggalkan pada ruangan Instagram artis terkenal K-Pop iaitu Jennie Blackpink, telah mengundang tanggapan negatif netizen.
Pada gambar yang dimuat naik oleh Jennie secara tidak sengaja telah menampakkan bahagian atas seluar dalam yang dipakai. Lalu Zizan berseloroh agar penyanyi berkenaan memulangkan seluar tersebut yang dikatakan sangat sukar untuk dibeli di bundle.
Bagi peminat yang membaca komen tersebut, mereka menyifatkan tindakan Zizan tidak menjaga sensitiviti dan sengaja memalukan kaum wanita.
Hasil tinjauan di laman Twitter menjadikan topik tersebut sebagai bualan ramai. Ramai yang tidak berpuas hati dengan komen yang ditinggalkan, seperti Zizan sengaja mencari perhatian dunia. Biar pun Jennie tidak faham, namun komen sebegitu adalah bukan perkara normal.
Tambah netizen, komen sedemikian bukan lah sesuatu yang kelakar dan berharap agar pelawak berkenaan tidak memalukan diri. Dalam pada masa yang sama, mereka memohon agar Zizan berhenti dan tidak lagi komen di iG artis antarabangsa kelak.
Melihat kembali kepada gambar yang dimuat naik Jennie, Zizan telah pun memadam komen yang dimaksudkan. Apa pun manusia tidak dapat lari dari berbuat salah. Mungkin niat Zizan hanya bergurau dan tidak pula menjangkakan ia mampu mengundang tanggapan kurang baik ramai.