Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Menjadi seorang lelaki tidak mudah seperti golongan wanita sangka. Mereka perlu penuhi diri dengan ilmu dan rasa tanggungjawab sebelum mengambil keputusan membina rumah tangga.
Selepas berkahwin kelak, mereka bukan sahaja memikul beban seorang isteri bahkan tanggungjawab kepada kedua ibu bapa mereka juga tidak akan terputus. Jadi mereka perlu bersifat adil agar ibu bapa dan isteri tidak menyimpan rasa bila terabai.
Golongan lelaki juga selalu ditafsikan sebagai seorang yang kuat dan gagah. Kerana itu lah mereka adalah tunjang utama sesebuah keluarga. Manakala wanita pula penuh dengan sopan santun dan mudah tersentuh hati bila melibatkan kejadian sedih.
Selalunya wanita antara cepat mengalir air mata seusai akad nikah. Namun berbeza dengan satu majlis akad nikah yang telah diadakan di salah sebuah masjid di Shah Alam Jumaat lalu.
Ini berikutan pengantin lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Aqil Aidil Ramli menangis teresak-esak sebelum dia memohon ampun kepada ibunya, Zamara Buang setelah dia selamat bergelar suami orang.
Menurut Zamara, Aqil merupakan satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga dan anak kesayangan keluarga. Ketika majlis berlangsung, dia pula berada di atas kerusia roda atas faktor kurang sihat, menambahkan lagi suasana pilu.
Sudah pasti kejadian sedemikian jarang dilihat. Seorang lelaki yang hatinya keras dan berjiwa kental akhirnya menitiskan air mata pada hari sejarahnya. Zamara tetap memberikan kata-kata positif kepada anak lelakinya itu agar memikul tanggungjawab dengan baik kelak agar perselisihan faham dalam rumah tangga dapat dielakkan.
Suasana digenggam tangan tok kadi merupakan suatu suasana berbeza bagi seorang lelaki. Selesai sahaja dinikahkan, segala hal berkaitan isteri akan diserahkan kepada suami dan sudah pasti pelbagai perasaan yang akan menyelubungi.
Apa pun tahniah buat Aqil dan pasangan. Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia sehingga ke anak cucu.