Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dewasa kini, pelbagai penyakit baru yang muncul dan mula membimbangkan orang ramai. Antara yang sering menghantui masyarakat Malaysia kita adalah kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi. Penyakit tersebut lebih sinonim dengan panggilan tiga serangkai.
Melihat kepada laporan semasa, antara faktor yang menyumbang kepada kepelbagaian penyakit adalah cara permakanan dan rutin harian yang tidak sihat. Justeru tidak hairan lah jika di usia muda, ramai dalam kalangan masyarakat kita sudah pun bergelaja.
Agama turut menjelaskan bahawa ajal bukan terletak pada angka umur. Ia adalah rahsia Tuhan dan pada bila-bila masa ia akan menjemput kita. Semalam dilaporkan seorang lelaki ditemui kaku di tempat duduk di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Arau, Perlis.
Arwah dikenali sebagai Mohd Shahabudin Saad yang berumur 36 tahun dan berasal dari Kampung Banggol Sena, Mata Ayer. Dia yang dijumpai oleh penyelelia kereta api pada pukul 4.15 dalam keadaan tidak bernyawa.
Hasil daripada pemeriksaan kesihatan dilaporkan punca pemergian arwah adalah asma dan kegagalan pada paru-paru. Sebelum ini juga difahamkan arwah sudah pun mempunyai masalah kesihatan dan sering mendapat rawatan susulan di hospital daerah dia tinggal.
Rakan baik arwah ada memberitahu dan mengingatkan arwah agar maklumkan kepada dia dan rakan-rakan yang lain jika berhajat untuk membuat perjalanan jauh. Namun pada hari kejadian tiada seorang pun yang tahu.
Tambahnya lagi, pemergian arwah turut mengejutkan ramai. Lagi pula dia sudah jarang menyertai aktiviti konvoi motosikal.
Konklusinya setiap makhluk yang bernyawa pasti akan bertemu penciptanya. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk arwah dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.