Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Berat Ujian Ditanggung! Suami Pohon Doa Ramai, Isteri Tercinta Hilang Ingatan Selepas Kemalangan

Kisah kemelut rumah tangga sering kali menghiasi media sosial. kebanyakan kes yang berlaku adalah pasangan diuji dengan kehadiran pihak ketiga, tak kisah lah sama ada lelaki mahu pun wanita, semuanya adalah sama.

Namun berbeza pada kisah kali ini. Seorang suami yang dikenali sebagai Imam Baydowi Sumardi diuji apabila isteri tercinta, Nur Hana Ismail berada dalam keadaan tidak stabil selepas episod kemalangan jalan raya menimpa mereka pada 8 Ogos lalu.

ISTERI BERUBAH, DAH TAK SAMA MACAM DULU

Justeru Imam memohon jasa orang ramai agar isterinya kembali sembuh seperti sedia kala. Difahamkan Imam dan Hana terbabit dalam kemalangan ketika kedua mereka dalam perjalanan membeli barang keperluan di Jalan Impian Emas, Johor Bahru.

Ianya berpunca dari rantai motosikal yang ditunggang terputus dan mula terbelit pada tayar. Kesan pada itu, Hana tercampak dari motor manakala Imam pula terseret beberapa meter.

Impak yang diterima Hana menyebabkan dia menerima rawatan di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

BERHENTI KERJA BAGI BERI TUMPUAN PADA ISTERI

Walau bagaimanapun dia dibenarkan pulang pada 20 Ogos lalu. Menurut Imam, isterinya berusia 27 tahun berubah sejak dari detik hitam tersebut akibat mengalami pendarahan dalam kepala sehingga tempurung kepala perlu dibuka.

Bagi memastikan isteri berada dalam keadaan baik, lelaki berkenaan terpaksa berhenti bekerja bagi memberikan penuh perhatian pada Hana dan juga empat orang cahaya mata berumur antara setahun hingga ke 7 tahun.

LUPA INGATAN DAN PERLU IKAT TANGAN PADA KATIL

Bagaimanapun, Imam turut dibantu ibu mertuanya, 61 tahun agar keadaan rumah tidak lah huru hara. Keadaan Hana berubah 360 darjah berbanding dahulu. Dia yang menjadi lupa ingatan dan terlalu agresif sehingga terpaksa diikat tangan kerana cuba mencabut tiub yang dipasang pada leher dan di hidung.

Sejak kisah Imam dan Hana ditularkan di media sosial, mereka berjaya mendapat sumbangan yang mencukupi dari badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin nasib menimpa mereka berdua.

“Alhamdulillah sumbangan mencukupi. Saya harapkan rakyat Malaysia mengirimkan doa supaya isteri saya sembuh sepenuhnya.” Ujar Imam Baydowi Sumardi.

Secara keseluruhan, ujian dari Allah datang pelbagai bentuk. Suka penulis ingatkan agar pembaca persiapkan keluarga dengan kad perubatan dari mana-mana agen takaful dan juga hibah agar dapat mengurangkan beban jika berlaku perkara yang tidak diingini kelak.

KREDIT VIDEO, HARIAN METRO

Kongsi artikel ini: