Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap pasangan suami isteri mestilah mengimpikan sebuah perkahwinan yang dibina bahagia dan harmoni. Namun begitu seperti kata pepatah, sedangkan lidah lagikan tergigit begitulah juga sebuah mahligai perkahwinan.
Ada masanya suami isteri berbeza pendapat namun sebagai seorang yang menghormati satu sama lain, maka perselisihan faham itu haruslah diselesaikan dengan cara yang elok.
Baru baru ini tular di sosial media yang telah memaparkan satu video pendek yang dikongsi warganet dipercayai mengisahkan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan yang tidak selamat.
Pintu hadapan kereta jenis Suzuki Swift itu terbuka dan kelihatan jelas seorang wanita yang sedang bergelut dengan pemandu.
Namun begitu pihak polis telah pun berjaya menahan pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang penganggur berusia 31 tahun. Lelaki terbabit ditahan kerana disyaki bergaduh dan telah bertindak menolak isterinya keluar daripada kereta.
Menurut Ketua Polis daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong, kejadian suspek bergaduh dengan isterinya yang berlaku lebih kurang pukul 7.45 malam itu di Jalan Megazine.
Menerusi video pendek tersebut, suspek kelihatan memandu dalam keadaan yang tidak selamat sambil sedang menolak isterinya keluar. Suspek seterusnya bertindak memberhentikan kereta dan menolak isterinya keluar setelah beberapa kali kenderaan lain cuba untuk menahan perbuatan tersebut.
Kejadian ini dipercayai terjadi di Jalan Patani, Georgetown dengan bersaksikan ramai orang awam. Mangsa bergegas keluar dari kenderaan sambil meraung meminta pertolongan daripada orang ramai di sekitar.
Difahamkan juga mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian muka iaitu mulut akibat dikasari oleh suami.
Mangsa yang merupakan seorang pekerja kilang di sekitar mempunyai seorang anak kecil. Mangsa seterusnya telah dibantu oleh orang ramai untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Menurut hasil siatan lanjut, lelaki terbabit mempunyai satu rekod jenyah lampau iaitu berhubung dengan kes ddah, dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan DAN seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1997.