Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Perkahwinan yang dibina oleh pasangan suami isteri semua ingin kekal hingga ke akhir hayat. Namun, soal ajal maut dan jodoh merupakan aturan sang pencipta bagi setiap hambanya.
Sejauh mana kita merancang namun perancangan Allah itu adalah lebih baik dari segala sudut. Perkahwinan yang putus ditengah jalan kebiasaanya menjadi lebih sukar apabila dengan kehadiran cahaya mata.
Hal ini turut di akui oleh pelakon dan pelawak jelita iaitu Sharifah Sakinah. Menurutnya, status sebagai ibu tunggal bukanlah semudah yang disangka.
Menjadi seorang ibu tunggal yang sedang melalui fasa pencraian telah memberi kesan yang sangat mendalam buat dirinya sebagai seorang selebriti. Dia kini lebih banyak meluangkan masa di pusat gim bagi mencari hobi yang positif.
Terdahulu, Sakinah sering kali menjelaskan bahawa pencraian yang berlaku bukanlah disebabkan oleh bekas suaminya, Alif Adha.
Sakinah juga memberitahu bahawa dia dan bekas suami masih lagi berhubung secara baik dan turut memuji bekas suami seorang uang baik dan sentiasa memberi sokongan kepada dirinya.
Tambahnya lagi, dia tidak terfikir untuk rujuk kembali perkahwinan terdahulu kerana tidak mahu membebankan sesiapa dengan penyakit dirinya.
Sakinah kini sedang mendapat rawatan sejak 2018 kerana penyakit Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialami sejak kecil lagi.
Terdahulu, Sakinah dan Alif telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2015 dengan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Mereka telah bersepakat untuk memberi kata putus dalam perkahwinan mereka pada Mei yang lalu.