Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bagi peminat Marvel sudah pasti dapat membayangkan lakonan Chadwik Boseman, iaitu pemegang watak utama dalam Black Panther. Laungan “Wakanda forever” masih lagi terngiang-ngiang sehingga menjadi ikutan ramai.
Sebelum ini media pernah mendedahkan beberapa keping gambar keadaan pelakon Hollywood berkenaan yang kelihatan sangat kurus dan tidak bermaya seperti sedang mengalami masalah.
Dalam perkembangan semasa, berita sedih menyelubungi peminat apabila Chadwick disahkan telah meninggal dunia pada usia 43 tahun. Dia difahamkan menghidap kanser kolon tahap ketiga sejak dari tahun 2016 lagi.
Chadwick dilaporkan meninggal dunia di samping isteri dan ahli keluarga ketika berada di kediamannya yang terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Perkhabaran duka ini disahkan melalui satu posting yang dimuat naik di laman Twitter miliknya pada beberapa jam yang lalu. Chadwick boleh disifatkan sebagai seorang yang sangat kuat dalam melawan kansernya itu.
Selama dia tidak sihat, dia langsung tidak menghebahkan keadaan dirinya melainkan ahli keluarga sahaja yang tahu. Lihat sahaja selama ini, dia sangat komited dengan kerja lakonan, hadir pada set seperti dijadualkan biar pun terikat dengan pembedahan dan proses kimoterapi.
Perkongsian Twitter telah mengejutkan ramai peminat terutama rakan industri. Mengetahui perkhabaran tersebut, ramai yang meluahkan rasa dan menghujani ruangan komen dengan ucapan takziah kepada ahli keluarga.
Sehingga artikel ini ditulis, ianya mendapat lebih 1.9 juta kicauan semula dan menerima 95 ribu komen para peminat. Sudah pasti kehilangan Chadwick merupakan satu kehilangan yang sangat besar dalam industri hiburan Hollywod. RIP untuk “Wakanda forever”!
Kesimpulannya, angka umur tidak menjanjikan kehidupan yang baik dimana kesihatan diri melampaui segalanya. Demikian lah bahawa penjagaan diri dan permakanan antara faktor yang menyumbang kepada susut kesihatan tubuh badan seseorang.