Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kalau ditanya generasi muda berkaitan cita-cita, sudah pasti ramai yang memilih untuk jadi selebriti atau pun instafamous. Mungkin dah jadi peredaran zaman di mana mereka beranggapan dunia terkenal adalah jalan pintas untuk kaya.
Dalam dunia selebriti memiliki cabaran tersendiri terutama melibatkan kisah kontroversi yang sedikit sebanyak bakal memberi kesan terhadap tekanan diri.
Bercerita mengenai kisah kontroversi, pelakon muda yang mula mencipta nama iaitu Scha Elinnea semakin menjadi perhatian. Maksud perhatian penulis adalah bukan dari segi bakatnya tetapi penampilan imej yang membuatkan ramai lelaki panas punggung.
Menjengah ke laman sosial pelakon berkenaan, pasti ramai terpaku melihat foto yang dimuat naik yang boleh dikatakan terdedah dan bertentangan dengan norma budaya melayu.
Sehubungan dengan itu, timbul pula masalah lain. Menurut Scha, dia mengakui yang dirinya sering menerima mesej “nakal” daripada lelaki bermata keranjang dan tak kurang hebatnya juga, berstatus suami orang.
Menurut pelakon muda itu lagi, berkaitan kes r*gol bukan terletak pada pakaian terdedah. Ianya bergantung kepada pemikiran individu itu sendiri. Kes tersebut terjadi berikutan masalah mental seseorang yang suka berimaginasi.
Tambahnya lagi, kes sebegitu turut melibatkan golongan wanita yang menutup aurat sepenuhnya. Jadi tiada masalah untuk dia berpenampilan terdedah kerana lebih selesa sedemikian.
Kesimpulannya, masalah mental adalah suatu isu yang lain. Pakaian adalah salah satu faktor dan penarik kepada seseorang untuk mendekati dengan niat yang tidak baik. Semoga maju jaya buat Scha Elinnea.