Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Terdahulu kisah pemergian pelawak terkenal iaitu Abam Bocey mendapat liputan yang sangat meluas. Sejak hari pertama dia pergi, berpusu-pusu orang datang menziarahi keluarga dan juga pusara arwah.
Kisah Abam disifatkan sebagai suatu pemergian yang dicemburui ramai sehingga menjadi tanda tanya ramai berkaitan amalan yang dilakukan sepanjang hayatnya. Perlu kita ingat bahawa orang yang baik Allah sentiasa sayang.
Bak kata orang kubur masih merah, keluar pula kisah kurang enak berkaitan balu Abam, Hidayah dan juga Ali Puteh. Peminat sudah pun sedia maklum bahawa kedua mereka saling bertindak berbalas saman.
Berikutan itu ramai peminat menyelar Ali Puteh yang seolah-olah tamak dan memakan hak balu Abam. Tampil menjelaskan keadaan sebenar, pelawak berkenaan tampil menjelaskan perkara sebenar melibatkan harta, dan ingin membersihkan namanya.
Menurut Ali, bukan dia ingin menyaman Hidayah tetapi berbuat sedemikian tetapi membuat saman balas selepas kakak iparnya, yang terlebih dahulu menyaman dia dan ahli keluarga. Difahamkan Hidayah menyaman Ali dengan jumlah RM900,000.
Tambah Ali, Hidayah seolah-olah mempunyai masalah dengan ramai pihak. Malah Hidayah turut menyaman mak mertua yang boleh dikatakan berada dalam keadaan kurang sihat.
Dalam saman Hidayah, dia telah menuntut harta-harta seperti rumah dan tanah yang dinilai sebesar RM300,000, kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire, jam tangan. Motosikal dan juga wang simpanan.
Namun menurut Ali, perkara sebenarnya boleh diselesaikan secara baik jika Hidayah ambil tahu keadaan sebenar. Contohnya melibatkan Velfire yang telah pun ditarik sejak bulan lalu kerana tiada siapa yang mampu untuk bayar.
Sehingga kenyataan Ali dikeluarkan, Hidayah mengambil keputusan untuk mengunci mulut dan menyerahkan segalanya kepada keadaan. Tambah Hidayah dia percaya bahawa jawapan akan diketahui kelak.
Sebagai orang luar, apa yang kita mampu adalah mendoakan yang terbaik buat kedua mereka. Semoga hubungan kembali jernih dan kemelut diselesaikan secara berhemah tanpa melibatkan mahkamah.