Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Teguran Ustaz Abu Syafiq Sukan Berbasikal Buat Ramai Pengayuh Wanita Terciduk

Aktiviti sukan mendatangkan banyak kebaikan kepada tubuh badan. Selain daripada mengisi masa lapang, ianya dapat menjamin kesihatan dan membuang segala toksik dalam tubuh badan.

Dewasa kini, pelbagai aktiviti sukan yang boleh dilakukan sebagai hobi. Antaranya futsal, badminton, jogging, yoga dan banyak lagi. Mungkin ramai tak sedar bahawa sukan juga kadang kalanya timbul mengikut peredaran zaman atau lebih dikenali sebagai sukan trending.

SUKAN BERBASIKAL MULA MENDAPAT TEMPAT

Antaranya adalah sukan berbasikal. Biar pun ia telah lama diperkenalkan namun mula mendapat perhatian ramai. Lihat sahaja akhir-akhir ini ramai masyarakat mula “gilakan” aktiviti berkenaan sehingga sanggup membeli model yang berjenama.

Hasil penelitian penulis, ianya disebabkan pengaruh selebriti/artis. Golongan ini saban hari melakukan kemas kini di laman sosial aktiviti berbasikal pada hujung minggu sekali gus membuatkan ramai netizen turut terikut dan terliur.

Biar pun begitu, sebagai umat Islam kita perlu jaga tata tertib pemakaian agar seiring dengan agama. Terdahulu timbul isu artis yang dikatakan bertudung tetapi berpakaian sendat sehingga menampakkan tubuh badan ketika melakukan aktiviti berkenaan.

USTAZ ABU SYAFIQ SINDIR PAKAIAN CYCLIST WANITA

Tampil menegur pemakaian golongan wanita ketika melakukan aktiviti berbasikal, pendakwah sensasi Ustaz Abu Syafiq kini kembali mendapat perhatian netizen selepas beberapa isu sebelum ini dibangkitkan.

Menurut Abu, sudah terang lagi bersuluh bahawa jelas haram sekiranya memilih untuk mengenakan pakaian yang ketat.

HUKUM HARAM, MACAM MTI KATAK
“Pakaian wanita berbasikal yang jenis ketat sudah pastilah HARAM. Bayangkan kalau terkemlangan. ‘Mti katak’ gitu jeklah dengan dosa.”

Sementara itu, Abu tidak ketinggalan menyindir sikap wanita yang tidak mengemas rumah gara-gara berbasikal.

“Berbasikal tapi rumah bersepah dan busuk tak kemas. Malu lah wei!”

Meskipun begitu, Abu dilihat langsung tidak menyatakan secara khusus kepada siapa perkongsian tersebut ditujukan. Bahkan tiada nama sesiapa dikaitkan dalam isu berkenaan. Ianya dilihat bersifat umum.

Pendakwah berkenaan dilihat sering menjadi perhatian masyarakat di media sosial. Contohnya terdahulu, heboh apabila Abu memaklumkan kepada umum bahawa pendapatan seorang Youtuber kebanyakkannya haram. Malah tampil menegaskan  pekerjaan tersebut tidak langsung menjamin kesenangan hidup di muka bumi ini.

Apa pun yang baik kita jadi kan peringatan dan yang buruk pula tetapkan sebagai sempadan.

Kongsi artikel ini: