Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Patut Lah Tiada Majlis Malam Berinai! Mira Filzah Selamat Khatam Quran

Sepanjang bergelar sebagai penganut agama Islam, pernah kah kita tanya diri berapa kali kita sentuh naskah al-Quran untuk membacanya? Jika tak pernah, jangan malu untuk belajar dan berusaha menghabiskannya.

Dalam tradisi Melayu seorang kanak-kanak muslim diharuskan untuk khatam sebelum umur mencecah 13 tahun namun ianya bukan lah perkara wajib.

Menghormati seorang yang sudah pun khatam, suatu majlis khas akan diadakan sebagai menghargai kejayaan. Kebiasaan ianya diadakan sempena suatu perayaan atau pun upacara.

Dalam majlis yang diadakan tersebut, orang dewasa akan bergilir-gilir membaca al-Quran sehingga lah tamat.

MIRA FILZAH TOLAK MAJLIS BERINAI, GANTI KHATAM QURAN

Dalam menghormati tradisi ini, pelakon jelita yang sering sahaja menjadi tumpuan peminat iaitu Mira Filzah, dilaporkan telah selamat melangsungkan majlis khatam al-Quran di kediamannya di Bangi.

Umum sudah pun sedia maklum bahawa pelakon berkenaan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan iaitu Wan Emir Astar yang juga anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

ADIK MIRA TERLEBIH DAHULU KAHWIN

Ada yang mempersoalkan kenapa pelakon berkenaan tidak mengadakan malam berinai namun jelas Mira keluarga tidak menggalakan dan minta diganti dengan majlis khatam berkenaan. Majlis tersebut telah diadakan sekali bersama adik bongsu, Nur Aina Fadhilah dan ianya berjalan dengan lancar biar pun diadakan secara sederhana.

Dapat dilihat daripada perkongsian di laman Instagram, Mira tampil manis dengan mengenakan busana berwarna merah jambu dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat sahaja.

TARIKH PERKAHWINAN MASIH LAGI MENJADI TANDA TANYA

Sehingga kini Mira mengambil keputusan untuk merahsiakan majlis pernikahan. Ianya dijangka bakal dilangsungkan dalam masa terdekat ini. Mira hanya memaklumkan yang adiknya terlebih dahulu bekahwin yang bakal dinikahkan esok.

Sudah pasti peminat tidak sabar melihat aktres berkenaan berada di atas pelamin. Lihat sahaja ruangan komen, mereka tidak putus-putus mengucapkan tahniah serta mendoakan Mira dipermudahkan segala urusan sepanjang persediaan kahwin.

Kongsi artikel ini: