Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Perkara berkaitan harta atau pun wang ringgit boleh menjadikan seseorang itu gelap mata. Pada saat tersebut, nafsu dunia melebihi segalanya sehingga kan lupa darah daging sendiri. Perkara ini bukan lah omong kosong.
Sejak zaman berzaman lagi orang Islam kita menempuh cabaran berkaitan harta. Terutama apabila seorang lelaki bergelar suami pergi menghadap Illahi. Bagi yang tidak mempunyai apa-apa mungkin tiada masalah.
Ianya menjadi hal besar bagi golongan orang kaya. Saat mereka pergi maka ramai lah yang datang untuk menuntut hak masing-masing. Disebabkan itu lah agama menetapkan hukum faraid.
Sebaliknya berlaku apabila ada yang mempergunakan faraid ini atas kepentingan diri sendiri. Sebenarnya tujuan utama lelaki dilebihkan dalam pembahagian harta peninggalan adalah seiring dengan tanggungjawab yang digalas yang melibatkan banyak aspek.
Bercerita mengenai harta peninggalan, kisah balu Abam Bocey iaitu Hidayah dan Ali Puteh semakin hangat diperkatakan apabila kedua mereka dilihat saling berbalas saman ekoran menuntut hak harta peninggalan arwah.
Melihat keadaan kedua mereka semakin berlarutan, Achey tampil memberikan reaksi di mana sedih melihat kemelut yang melanda. Bagaimanapun pelawak berkenaan tidak memihak pada mana-mana pihak dan cuma berharap ianya diselesaikan dengan lebih baik.
Dalam pada masa yang sama, yang menjadi perhatian Achey adalah kesan kemudian hari pada anak Allahyarham Abam iaitu Syed Uthman Hamzah yang mungkin menjejaskan cara pembesarannya.
Tambah Achey lagi, mungkin apa yang berlaku kepada Ali Puteh dan balu Abam dapat dijadikan iktibar bersama. Hari ini terjadi pada mereka dan esok mungkin pada diri kita sendiri pula.
Apa pun sama-sama kita doakan masalah antara Ali dan Hidayah dapat diselesaikan secara baik dan kedua mereka dapat bersemuka untuk mendengar dari hati ke hati.