Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah Macam Dermawan Arab! Ada Kurang Selesa Rizalman Hulur Duit Pada Pekerja Hotel

Miskin itu satu ujian dan kaya juga merupakan satu ujian. Berbezanya adalah cara diri sendiri mengawal atau pun mengatasi ujian tersebut. Tidak dinafikan ramai dalam kalangan kita bercita-cita untuk menjadi seorang hartawan.

Memiliki wang yang melimpah ruah bermakna kita mampu beli segalanya. Itu lah persepsi masyarakat kita yang terleka dengan gambaran duniawi. Hakikat yang perlu kita tahu adalah, semakin seseorang itu kaya semakin kuat perasaan tidak cukup menyelubungi diri.

Sehinggakan waktu tidur terganggu kerana takut kelak duit yang bertimbun di dalam bank mula diusik. Di saat ini lah orang berharta diuji sama ada menggunakan nikmat tersebut di jalan Allah atau pun sebaliknya.

RIZALMAN KEJAR SAHAM AKHIRAT

Umum sudah pun maklum bahawa pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Rizalman Ibrahim sudah pun bersara dari karier fesyen. Alasan yang diberi adalah untuk menumpukan perhatian kepada saham akhirat sebelum ajal menjemput.

Bukan sekadar omong kosong, dapat diperhatikan Rizalman mula menggunakan harta ke jalan Allah. Terdahulu dia mengumumkan untuk membina sebuah Yayasan RI sebagai pusat pengajian al-Quran bagi mereka yang masih merangkak atau tidak kenal membaca.

Sudah pasti ianya satu contoh yang baik bagi mereka bergolongan berada yang kadang kala lupa dalam harta dimiliki terselit juga rezeki orang lain. Allah telah menjanjikan bahawa semakin banyak kita bersedekah, semakin senang kita kelak.

HULUR DUIT SECARA RAWAK

Hakikatnya umat Islam sangat liat untuk berbuat demikian. Terbaru, tindakan pereka fesyen tersohor berkenaan yang telah menghulur duit secara spontan kepada kakitangan di salah sebuah hotel di Pulau Pinang mencuri perhatian ramai.

Gayanya yang spontan sempat dikongsikan di laman Twitter sekali gus berjaya membuatkan warganet berasa sungguh kagum dengan kemurahan hati ditunjukkan.

Dalam rakaman tersebut, dapat diperhatikan Rizalman berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain sambil menghulurkan duit sumbangan.

DAH MACAM DERMAWAN ARAB

Rata-rata netizen memberikan reaksi positif sehingga ada yang menyifatkan tindakan pereka fesyen berkenaan seperti dermawan di Tanah Suci.

Dah menjadi kebiasaan orang kita, dalam berbuat baik ada juga kurang selesa dengan tindakan berkenaan yang dikatakan sebagai menunjuk. Apa pun perkara baik kita jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Kongsi artikel ini: