Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Patut Jadi Isteri Bulan Lepas! Wanita Jual Persalinan Kahwin Lepas Tak Ada Jodoh Runtun Jiwa Ramai

Bercinta antara perkara paling indah dalam kehidupan. Cinta juga mampu mengubahkan kehidupan seseorang sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya. Sudah menjadi impian ramai untuk mengakhiri hubungan cinta ke jinjang pelamin.

Namun siapa sangka, dalam keseriusan seorang lelaki yang sudah pun bertemu mata dengan pihak keluarga wanita, menyatakan hasrat untuk berkahwin masih lagi mampu main tarik tali.

TAK JADI KAHWIN, WANITA JUAL PERSALINAN PERKAHWINAN

Kadang kala sangat sukar untuk mengenal sifat sebenar seorang lelaki ini. Sesungguhnya tiada siapa yang menginginkan ikatan cinta putus di tengah jalan. Apatah pula segala persiapan perkahwinan hampir siap sepenuhnya tetapi pihak lelaki pula lari entah ke mana.

Kejadian menyayat hati tersebut terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Deena Erissa di laman Twitter. Kisahya mula curi tumpuan ramai berikutan tindakan menjual busana perkahwinan yang bertemakan warna putih.

Dee memaklumkan bahawa busana tersebut merupakan pakaian pada majlis perkahwinannya nanti. Malangnya jodoh Dee bersama bakal suami tidak seperti dirancang, terlerai di tengah jalan.

DAH HABIS RM3K UNTUK BAJU BERKENAAN

Difahamkan wanita berkenaan telah membelanjakan hampir RM3,000 untuk hasilkan busana berkenaan dan sepatutnya sudah pun memegang status isteri orang pada bulan lalu.

Dalam pada masa yang sama, Dee memaklumkan yang dia turut berhajat untuk menjual sekali persalinan sewaktu majlis pertunangnya dahulu. Mungkin tindakan Dee adalah untuk melupakan segala kenangan manis bersama bekas pasangan yang sedikit sebanyak perit untuk dilalui.

Walau bagaimanapun, tidak pula dia kongsikan secara terperinci punca sebenar yang terjadi terhadap kegagalan majlis mereka dan ke mana hilangnya bakal suami.

RAMAI LUAH RASA SIMPATI

Perkongsiannya telah mendapat banyak reaksi dari warganet. Sejak ia dikongsikan, lebih daripada 7,500 pengguna mengicau kembali posting berkenaan. Rata-rata meluahkan rasa simpati mengenangkan nasib yang ditimpa Dee.

Memahami keadaan Dee, mereka sempat menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan urusan penjualan baju tersebut dipermudahkan.

Kongsi artikel ini: