Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nampaknya kemelut antara balu Abam Bocey, Nor Hidayah dan juga adik iparnya Ali Puteh semakin menjadi-jadi. Sejak hari pertama pemergian Abam, mereka sudah pun dilihat macam ada yang tak kena terutama melibatkan pembahagian harta peninggalan.
Terbaru, difahamkan pelawak berkenaan bertindak menyaman kakak iparnya dan kes tersebut sudah pun berlangsung semalam. Pihak media cuba mendapatkan penjelasan Hidayah namun dia memilih untuk mengunci mulut.
Ali mengakui mengeluarkan saman tersebut kepada kakak iparnya selepas didapati Hidayah terlebih dahulu mengeluarkan saman kepadanya.
Dalam pada masa yang sama, balu Abam mengaku ada mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun milik arwah suami dan kemudian memasukkannya ke dalam akaun anak dengan alasan bimbang direbut oleh Ali.
Apa yang pasti, Hidayah merasakan bahawa kebenaran akan berpihak kepada individu yang selayaknya. Sehingga hari ini, apa yang dia perjuangkan adalah demi kebaikan anak tunggalnya bersama arwah, iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Sehingga hari ini Hidayah tidak menerima apa-apa sejak kehilangan suami. Jadi untuk menampung kehidupan anak beranak, dia mengusahakan perniagaan cempedak goreng sebagai punca pendapatan utama.
Sebagai orang luar kita tidak mampu berbuat apa-apa. Lihat sahaja kepada reaksi orang ramai, ada yang memihak kepada Ali dan sebahagian pula menyokong Hidayah yang perlukan sumber untuk besarkan anak.
Apa pun sama-sama kita doakan agar kedua mereka dapat berbaik seperti sediakala. Semoga isu harta ini tidak menjadikan kedua-dua belah pihak rambang mata demi kepentingan peribadi.