Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Manusia tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Apa yang pasti, kita perlu kembali pada Sang Pencipta untuk memohon pertolongan dan menyesali kisah lalu. Antara yang boleh dijadikan contoh ramai ialah tindakan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim.
Umum sedia maklum yang dia telah pun mengambil keputusan untuk bersara dari dunia fesyen. Sebelum ini juga dia ada menyuarakan hasrat untuk membuka pusat pengajian al-Quran bagi mereka yang dewasa kurang ilmu.
Pusat pengajian tersebut dinamakan sebagai Yayasan RI. Dalam pada masa yang sama, Rizalman berharap agar ada pihak yang sudi bersama dengannya dalam menghulurkan sumbangan bagi merealisasikan perkara baik berkenaan.
Dalam perkembangan terbaru, usaha murni Rizalman akhirnya membuahkan hasil apabila dikhabarkan Yayasan RI yang ingin ditubuhkan telah pun mendapat kelulusan daripada Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Keputusan tersebut dikongsikan sendiri oleh Rizalman menerusi ruangan Instagram pada beberapa jam yang lalu. Dia akui sebak dan bersyukur dengan berita yang diterima sehinggakan menitis air mata.
Susulan dari perkongsian, warganet turut sama meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah di atas perkhabaran baik tersebut. Mereka tidak putus-putus mendoakan agar urusan Yayasan RI terus dipermudahkan kelak.