Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Didakwa Kaki Minum & Ambil Barang Terlarang! Ara Johari Akhirnya Jelaskan Perkara Sebenar

Bergelar seorang artis atau pun selebriti bukan lah suatu hal yang mudah. Golongan ini memegang tanggungjawab besar di mana perlu menjadi contoh yang baik kepada masyarakat umum. Itu lah persepsi kebanyakan orang sehingga terlupa bahawa artis juga manusia biasa.

TIMBUL DAKWAAN ARA JOHARI KAKI MINUM

Golongan artis turut berdepan dengan situasi berbuat silap. Bezanya mereka perlu tadah telinga dan tebalkan muka dengan segala kritikan daripada peminat. Terbaru timbul pula dakwaan mengatakan penyanyi, Ara Johari sebagai “kaki minum”.

Sudah pasti dakwaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada peminat Ara yang kecewa dengan tindakan sedemikian. Enggan berdiam diri, Ara tampil menjawab desas desus tersebut.

BERANI BERSUMPAH TAK PERNAH AMBIL

Dia berani bersumpah bahawa langsung tidak pernah mengambil minuman terlarang seperti didakwa. Jelas Ara, dia amat kecewa dengan pihak yang sengaja menimbulkan cerita begitu hanya kerana dia terpaksa menarik diri bagi menjayakan sebuah program.

Isu Tarik diri tersebut secara tidak langsung menyusahkan pihak produksi dalam membuat persediaan. Bagaimanapun Ara memberitahu yang dia terpaksa berbuat demikian atas alasan semput, bukan lah seperti didakwa.

Entah dari mana datangnya tuduhan yang disifatkan tidak berasas sedangkan dia langsung tiada musuh dalam industri. Dalam pada masa yang sama, ada pihak menuduh dia mengambil barang terlarang hanya kerana dirinya kelihatan kurus kini.

“Saya tidak tahu mengapa orang tuduh saya kaki minum. Bahkan ada juga yang kata saya ambil barang hanya kerana saya kurus. Walhal saya kurus sebab memang susah nak naik berat badan. Bukan ambil d*dah.” Ujar Ara.

ADA BERKAWAN DENGAN YANG SOSIAL TAPI TAHU JAGA DIRI

Penyanyi berkenaan tidak menafikan yang dia ada berkawan dan bergaul dengan individu yang suka bersosial. Tetapi itu bukan lah tiket untuk orang ramai cepat menghukumnya kerana dia tahu jaga diri dari sebarang perkara yang bertentangan.

Apa pun, bagi Ara dia tidak kisah dengan dakwaan sebegini kerana faham dunia artis akan ada sahaja kisah kontroversi. Apa yang pasti orang sekeliling dan keluarga terutamanya kenal kehidupan sebenar dirinya.

Kongsi artikel ini: