Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Islam merupakan satu-satunya agama yang memerintahkan umat lelakinya agar berkahwin satu. Namun tidak menghalang pula untuk seseorang itu berkahwin lebih dari satu dan tidak melebihi dari empat asalkan dia berkemampuan.
Maksud mampu di sini bukan lah sekadar dari segi kewangan tetapi seimbang dalam bentuk rohaniah yakni batin. Kebanyakan kaum lelaki menyalah tafsir isu bermadu sehingga ada yang mempergunakannya dan jadikan alasan demi kepentingan diri.
Mengulas mengenai kehidupan bermadu, baru-baru ini penulis ada berkongsikan kisah pelakon cantik iaitu Miera Leyana yang difahamkan berkahwin dengan Rosland Othman yang juga berstatus suami orang.
Tidak mengulas secara terperinci perihal status suami, Miera dilihat lebih selesa dengan pendiriannya yang merasakan perkahwinan mereka adalah direstui oleh kedua belah keluarga.
Malah menurut aktres berkenaan, dia menjelaskan yang hubungan mereka sangat bahagia sekarang. Mengenai video tular pula, ianya dicetuskan oleh orang luar yang suka menghakimi kehidupan orang lain.
Setelah hebat menjadi buah mulut peminat, terbaru suami Miera tampil membuka mulut. Rosland berpegang teguh dengan prinsip tidak mahu berkongsi soal peribadi dengan masyarakat luar.
Jelasnya, soal keluarganya tidak perlu dihebohkan atau dijaja kepada orang luar semata-mata untuk raih publisiti. Soal status bapa anak 7 pula, Rosland dilihat pasrah.
Dalam pada masa yang sama, usahawan tersebut meminta agar peminat menghormati rumah tangga mereka dan berhenti dari membuat sebarang spekulasi.
Apa pun sama-sama lah kita doakan yang terbaik buat pasangan ini agar kekal bahagia sehingga ke anak cucu.