Negara Filipina sering sahaja menjadikan negeri Sabah sebagai satu isu. Sudah berkali-kali Negara berkenaan bertindak menuntut negeri di bawah bayu tersebut sebagai sebahagian daripada mereka.

FILIPINA MELULUSKAN CETAK SABAH KE DALAM PETA PASSPORT NEGARA MEREKA

Dalam perkembangan semasa, CNN Philippines telah melaporkan bahawa Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina memberi lampu hijau untuk mencetak peta Negara tersebut sehingga meliputi 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) termasuk lah negeri Sabah ke dalam passport mereka.

Cagayan de Oro Rep. Rufus Rodriguez

Menurut kenyataan daripada Cagayan de Oro Rep. Rufus Rodriguez menyatakan bahawa tindakan tersebut bertujuan untuk menekankan hak serta sejarah Filipina ke atas negeri Sabah.

Dia merupakan antara individu bertanggungjawab dalam menulis rang undang-undang House Bill 6399, yang kesannya adalah ke atas Akta Passport Filipina 1996 di mana dokumen perjalanan tersebut merupakan hak kedaulatan rakyat Filipina di Laut Filipina Barat dan EEZ.

SABAH BERGABUNG DENGAN TANAH MELAYU SEJAK 1963, FILIPINA TIDAK PULA MENGIKTIRAF KESULTANAN SULU

Mungkin mereka buta sejarah atau terlupa untuk membaca dengan lebih mendalam. Melihat kembali pada tahun 1963, negeri Sabah sudah pun bergabung dengan Tanah Melayu dan membentuk Persekutuan Malaysia.

Sebelum itu Sabah pernah menjadi sebahagian daripada kesultanan Sulu yang merangkumi Borneo Utara dan Filipina Selatan. Namun sebelum ini kerajaan Filipina pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak pernah mengiktiraf kerajaan Sulu yang ada kini sebahagian dari mereka.

DAPAT PERHATIAN DATUK SERI HISHAMMUDDIN

Memberi reaksi kepada kerajaan Filipina yang seperti sengaja untuk membuat provokasi, Menteri Luar Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter menegaskan Sabah adalah sebahagiaan Malaysia dan tetap milik Malaysia sampai bila-bila.

ā€œSaya sertakan klip ucapan ketika persidangan Parlimen pada 5 Ogos lalu. Malaysia tidak akan mengiktiraf mana-mana kuasa asing yang menuntut negeri Sabah. Seperti mana ditegaskan, Sabah adalah sebahagian dari Malaysia dan selamanya adalah milik Malaysia.ā€ Tulis Hishammuddin.

TIDAK AKAN LAYAN SEBARANG TUNTUTAN NEGARA ASING

Dalam pada masa yang sama, Menteri Luar iaitu Datuk Seri Anifah Aman turut bersuara menyifatkan Negara Filipina sebagai jahil dalam sejarah dan undang-undang Negara. Justeru, pihak kerajaan Malaysia tidak akan melayan sebarang tuntutan daripada sesiapa berkaitan negeri Sabah.

Kesimpulannya, semoga Sabah sentiasa dilindungi dari sebarang ancaman. Sekurang-kurangnya dengan kejadian ini membuka mata ramai berkaitan kuasa luar yang cemburu atau cuba mencabar kedaulatan Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here