Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Perkahwinan merupakan alam baru bagi mereka yang baru berumah tangga. Ianya jauh berbeza dengan kehidupan bujang. Maksud berbeza bukan sahaja dari segi hidup berduaan tetapi yang lebih utama adalah tanggungjawab.
Di saat lelaki diakad nikah, segala tanggungjawab serta dosa seorang wanita akan diletakkan ke atas lelaki tersebut. Jadi, ianya perlu dipikul sebaiknya dalam mendidik isteri agar tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan agama dan juga menjadi seorang yang mithali.
Pendakwah selebriti iaitu Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-8 pada beberapa hari yang lalu. Menarik perhatian ramai adalah gambar dia dan pasangan ketika keluar bersama-sama.
Dilihat gaya yang penuh berkarisma dan santai, Ustaz Don dan isteri, Dr Husna Zahry Rafie menarik mata warganet yang turut terpegun dengan penampilan mereka ketika keluar ber’dating’ bersama-sama di salah sebuah restoran hotel.
Menghargai perkahwinan yang dibina, Ustaz Don sempat menitipkan puitis manis buat Dr Husna yang sentiasa ada menemani di sisi.
Melihat kepada perkongsian Dr Husna pula, dia memberi gambaran bahawa bakal menimang cahaya mata keempat selepas mempunyai 3 orang anak lelaki sebelum ini.
Perkongsian manis tersebut mendapat bermacam-macam reaksi dari warganet. Mereka mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan berkenaan dan mendoakan agar urusan menimang cahaya keempat dipermudahkan.
Rata-rata netizen mengakui suka dengan cara Ustaz Don melayan isteri. Cara mereka berdua lebih dekat dengan masyarakat dan sangat sempoi bila berduaan.