Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pemerintah atau kerajaan merupakan elemen penting terhadap keharmonian sesebuah Negara. Untuk mencapai kejayaan tersebut, pemimpin perlu lah hadir dari mereka yang peka dan suka mendengar masalah rakyat.
Perdana Menteri (PM) Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara pemimpin yang mula disegani ramai. Biar pun ada pihak yang menyifatkan kerajaan yang ada pada hari ini adalah hasil rundingan pintu belakang namun cara pentadbiran diusahakan sangat berbeza.
Dia yang dilihat sangat prihatin dan dekat dengan hati masyarakat sentiasa. Dan terbaru beliau telah melakukan lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak, Kuala Lumpur pada pagi tadi.
Ianya bertujuan untuk mendengar sendiri suara rakyat secara lebih dekat. Perkara tersebut dikongsikan sendiri di ruangan Facebook milik Tan Sri Muhyiddin yang berkesempatan menziarah 3 penghuni PPR di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menjadi tumpuan PM pada lawatan tersebut adalah dapat memastikan golongan miskin Bandar tidak ketinggalan dalam aspek ekonomi, pendidikan mahu pun sosial. Sehubungan itu, inisiatif perlu dilaksanakan bagi membantu golongan berkenaan.
Hasil daripada pertemuan dengan penduduk di sekitar PPR berkenaan dan mendengar luahan mereka, PM menyatakan rasa bangga dengan rakyat Malaysia yang rata-ratanya berusaha bersungguh-sungguh untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Justeru, pada akhir penulisan, PM memberitahu yang beliau akan berusaha memastikan golongan miskin Bandar tidak akan terpinggir dan akan sentiasa meletakkan keutamaan membantu rakyat.