Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Muzik antara hiburan yang menjadi pilihan kebanyakan orang untuk dijadikan sebagai halwa telinga. Dengan muzik juga ia mampu mengubah mood seseorang yang sedang stress menjadi lebih ceria dan tenang.
Namun, sejak akhir-akhir ini industri muzik tanah air dinilai tidak berkualiti oleh ramai pendengar. Bukan soal lagu tetapi bakat seorang penyanyi itu sendiri yang dikatakan tidak layak untuk menjadi penghibur.
Jika dibandingkan dengan penyanyi era 80an dan 90an memang jauh bezanya. Suara mereka tetap sama jika didendangkan secara langsung sehingga ramai menggelarkan mereka sebagai “suara telan kaset”.
Yang menjadi bualan peminat adalah Nabila Razali. Baru sahaja melancarkan video muzik (MV) terbaru untuk lagu Peluang Kedua, penyanyi berkenaan meluahkan rasa syukur kerana sambutan daripada peminat sangat menggalakkan.
3 MILLION VIEWS IN 3 DAYS!!! 😭😭😭 ALHAMDULILLAH… 🥀🥀🥀 pic.twitter.com/EgY3w0xziB
— Second Chance 💔 (@_nabilarazali) August 22, 2020
Ianya telah mendapat 4 juta jumlah tontonan di YouTube sejak dimuat naik di platform tersebut. Biar pun begitu, peminat memberi pendapat bahawa wujudnya trend kualiti sesebuah lagu kini dinilai hanya menerusi jumlah tontonan semata-mata.
Tidak adil juga memandangkan MV Peluang Kedua menampilkan penyanyi rap yang juga sedang mencipta nama iaitu MK K-Clique, yang mempunyai pengikut tersendiri. Sudah pasti peminat tertarik untuk melihat kombinasi kedua mereka tetapi bukan pada kualiti nyanyian penyanyi asal.
Melihat kepada tinjauan di laman Twitter, ada pengguna yang menyifatkan industri muzik Negara bakal menuju “jahanam” disebabkan trend-trend sedemikian yang mengejar jumlah tontonan berbanding kualiti penyanyi.
Netizen yang lain turut memberi reaksi dengan komen tersebut. Ramai lagi artis yang memiliki suara jauh lebih sedap namun gagal kerana “views” mereka tenggelam. Hal ini hanya terjadi di Negara kita dan ianya sangat lah menyedihkan.
Menurut mereka, pihak produksi dan komposer lagu perlu lebih peka dengan isu sebegini kerana enggan pada suatu ketika nanti dunia muzik tidak lagi mendapat tempat di hati peminat.
Semoga dengan komen-komen sebegini mampu menyedarkan ramai pihak dan mengangkat muzik tanah air ke era yang lebih baik pada masa akan datang. Apa pun tahniah buat Nabila Razali dan MK.