Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Umat manusia berdepan dengan satu cabaran baru pada tahun 2020. Sejak awal tahun, kita dikejutkan dengan kehadiran satu wabak yang dikenali sebagai Covid-19 yang mampu menjejaskan kesihatan sehingga la mergut nyawa ramai.
Banyak Negara telah membuat pelaburan untuk membangunkan vaksin namun sehingga hari ini masih belum ada yang boleh mencegah pandemik berkenaan. Beribu-ribu kes dilapokan di seluruh Negara saban hari.
Trend ini telah memaksa banyak Negara untuk menutup pintu sempadan mereka daripada dimasuki oleh pelancong asing sehingga lah keadaan kembali reda. Bagi Covid-19, ianya tidak mengenal pangkat atau darjat.
Ianya boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja yang tidak menjaga SOP yang ditetapkan oleh WHO. Dalam perkembangan semasa, selebriti yang menjadi mangsa kepada pandemik ini ialah manusia terpantas di dunia, iaitu Usain Bolt.
Dia yang dipercayai positif gara-gara menghadiri sambutan hari jadinya yang ke-34 berikutan ada tetamu yang hadir tidak memakai penutup muka/face mask dan tidak menjaga jarak.
Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Kesihatan Jamaica sendiri apabila Usain didapati positif selepas melakukan ujian saringan sehari selepas majlis berkenaan dianjurkan.
Negara Jamaica antara yang mula terkesan dengan Covid-19 apabila kes meningkat kepada angka 60 sehari jika dibandingkan hanya 10 kes sehari sejak kebelakangan ini.
Sehubungan dengan kejadian, juara pecut dunia tersebut menjalani kuarantin di rumah sebaik sahaja selesai melakukan ujian saringan.
Terdahulu, parti sambutan Usain Bolt dipertikaikan ramai warganet berikutan tiada penjarakan sosial dan langsung tidak memakai penutup muka. Rata-rata tetamu yang hadir mengabaikan SOP ketika berada di kawasan sesak sekali gus menimbulkan amarah ramai.
Usain Bolt’s bday party. No social distance, NO masks! 😳😠 pic.twitter.com/ogqUvk1i9r
— Verna Reid (@verna_reid) August 23, 2020
Secara keseluruhan, mencegah antara jalan terbaik dengan keadaan sekarang. Suka diingatkan kepada orang ramai agar elak berada di kawasan orang ramai dan kekal memakai penutup muka.
Jadikan kisah-kisah sebegini sebagai pengajaran agar bukan kita yang jadi mangsa Covid-19 yang seterusnya kelak.