Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Peninju Dunia, Mike Tyson & Badou Jack Solat Berjemaah! Pakaian Imam Pula Jadi Bualan Netizen

Pernah tak tanya diri kenapa berasa tak tenang? Kerjaya, harta, isteri cantik, kereta mewah dan bermacam lagi sudah pun dimiliki tapi perasaan pula serba tak kena. Tidak dinafikan ramai antara kita yang cenderung untuk mengejar dunia berbanding akhirat.

Kerana kemewahan dapat disaksikan dengan mata dan ganjaran di hari pengadilan digambarkan menerusi Al-Quran. Disebabkan itu lah sebagai penganut agama Islam yang baik, kita perlu memegang teguh pada isi pati yang tersirat dalam kitab suci tersebut.

Apa yang dijanjikan oleh Allah adalah benar belaka. Alam ghaib itu wujud, alam kubur itu benar dan syurga neraka itu nyata. Sehubungan dengan itu, kita perlu persiapkan diri dengan amal soleh sebagai di sana kelak.

Kita sering terlepas pandang atau lebih tepat lagi mengabaikan solat lima waktu dan itu lah salah satu puncanya jiwa kita jauh dengan Sang Pencipta. Jarang kita lihat dewasa kini golongan yang sanggup berhenti seketika dari kesibukan urusan dunia untuk memenuhi solat secara berjemaah.

 

View this post on Instagram

 

Praying side by side with my brothers @miketyson & @teamabdallah #muslimbrothers #alhamdulillah @badoujackfoundation

A post shared by Badou Jack “The Ripper” (@badoujack) on

MOMEN MIKE TYSON DAN BADOU JACK BERJEMAAH SEMPAT DIRAKAM

Namun ternyata berbeza dengan dua orang peninju terkenal dunia iaitu Badou Jack dan Mike Tyson. Mereka berhenti untuk solat seketika sebelum memulakan latihan harian mereka.

Momen tersebut sempat dirakam dan dikongsikan oleh Badou Jack sendiri menerusi laman Instagramnya semalam. Sejak ia dimuat naik, video berkenaan menjadi tular dan mendapat perhatian ramai peminat di seluruh dunia.

Mereka seolah-olah sedang solat dalam satu ruangan di sebuah kafe sambil diperhatikan oleh beberapa orang yang berada di sekitar kawasan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Praying with the Home Team before our workout 👊🏼 @badoujack @miketyson #Alhamdulillah

A post shared by Amer Abdallah (@teamabdallah) on

PEMINAT LUAH RASA KAGUM TAPI PAKAIAN IMAM PULA TAK KENA

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diterima oleh Badou Jack yang rata-rata peminat meluahkan rasa syukur serta kagum dengan mereka berdua. Biar pun sibuk dengan aktiviti harian namun masih sempat meluangkan masa untuk berjemaah.

Dalam pada masa yang sama, dapat diperhatikan bahawa imam memakai seluar pendek di mana telah menampak aurat bagi seseorang lelaki. Dalam Islam, syarat sah solat adalah menutup sempurna auratnya.

Justeru, peminat ada yang menasihat secara baik agar imam berkenaan memperbaiki cara solatnya dengan memakai pakaian yang lebih baik kelak.

Jelas lah bahawa kesibukan dunia tidak mampu untuk menyaingi tanggungjawab kepada agama. Semoga kita sama-sama diberi hati dan semangat berterusan untuk mencontohi mereka.

Kongsi artikel ini: