Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Padah Tukar Barang “Original Kilang”, Muka Safiey Illias Mulai Bernanah Jadi Tomahan Netizen

Usahawan jadian yang berjaya iaitu Safiey Illias tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya sering sahaja menjadi bualan ramai netizen dengan sikap terbukanya yang acap kali berubah dari satu kejadian ke satu kejadian yang lain.

Lihat sahaja kebelakangan ini, Safiey mula dilihat aktif kembali kepada penampilan wanita. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengubah bentuk asal badannya menjadi lebih menarik, tertarik, kebaboomm.

Bak kata orang standard itu indah. Perkara tersebut juga boleh digambarkan secara baik tentang kejadian alam di mana semua yang Allah ciptakan adalah sesuatu yang sempurna dan tidak mampu untuk ditandingi.

MUKA SAFIEY JADI BENGKAK BERNANAH

Jika diubah sekali pun tidak akan sama seperti mana seperti “original kilang”. Itu lah yang dihadapi oleh usahawan berkenaan apabila dia kini mula mengalami masalah bengkak pada bahagian muka.

Ianya dipercayai berpunca daripada rawatan estetik daripada individu yang tidak bertauliah. Lihat sahaja keadaan wajah Safiey yang semakin melarat. Bahagian pipi mula bernanah sekali gus menyebabkan dia mengalami gejala demam.

Tidak mendiamkan diri, Safiey terus mendapatkan rawatan di sebuah klinik estetik untuk mengelakkan keadaan bertambah teruk.

“Alhamdulillah. Tq drshahrom selamatkan nyawa ratu. Ratu ingat tak dapat dah jumpa shuben tadi. Doc cakap ada nanah. Dia marah buat apa dulu dekat muka. Beselah masa tu bulan 11 tahun lepas gatal nak buat dekat rumah and so on. Padahal dah kenal Dr Shah lama dah.”

“Ke sebab buat lesung pipi haritu? Entah lah pening nak ingat. Jangan lah buat sembarangan dengan orang-orang yang buat rawatan estetik lagi-lagi rumah ke rumah. Belambak dkt IG ni sebab tu saya tak pernah ambik paid review untuk rawatan/khidmat berkenaan.”
“Muka ada 1, tak ada duit kumpul. Ada duit mahal pun tak apa janji kita buat dengan doktor pakar bukan doktor segera tak ada sijil LCP.”
“So ni hampir berapa ml nanah disedut guna jarum besar dekat pipi ratu yang bengkak tu. Ada lagi nanah so 3 hari lagi akan sedut buang lagi guna jarum dan picagari. Korang semua beware.”
NETIZEN BERPUSU-PUSU SEKOLAHKAN SAFIEY

Sangat jarang perkara yang dikongsikan Safiey tidak dapat perhatian. Kali ini bertalu-talu netizen cuba memberi reaksi dengan menyekolahkan figura tersebut. Mereka mengingatkan Safiey bahawa bukan doktor yang selamatkan nyawanya tetapi Allah Yang Maha Kuasa.

Dalam pada masa yang sama, mereka sempat memberi pesanan agar jangan terlalu taksub untuk mengubah paras rupa atau kejadian asal takut nanti menjadi punca kepada penyakit yang lain.

Sama-sama kita beringat bahawa Allah itu Maha Pengasih. Sentiasa lah berdoa dan memohon taubat kepadaNya selagi hayat dikandung badan.

Kongsi artikel ini: