Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Isteri dijadikan dari tulang rusuk suami. Mereka sentiasa ada di sisi bukan untuk disakiti tetapi untuk dilindungi. Lumrah sebagai wanita mempunyai banyak kelemahan, bermula dari fizikal hingga lah rohani mereka.
Disebabkan itu lah nafkah suami terletak pada zahir dan juga batin agar isteri sentiasa kekal positif biar apa jua yang dihadapi dalam sesebuah rumah tangga.
Antara yang boleh dijadikan contoh rumah tangga bahagia adalah keluarga Ustaz Ebit Lew. Kebaikan pendakwah terkemuka ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Kemurahan dan baik hati yang ditunjukkan bukan kepada masyarakat luar semata-mata, bahkan kepada isteri tercinta.
Sering sahaja menyantuni isteri, Ustaz Ebit sering dilihat menghargai isteri dengan memanjakan membeli barangan peribadi seperti kereta mewah, rumah yang selesa, tas berjenama, dan bermacam-macam lagi.
Perkataan terima kasih langsung tak pernah terlepas dari bibir Ustaz Ebit pada setiap perbualan dengan isteri.
Dalam perkembangan terbaru pasangan berkenaan, Ustaz Ebit ada memuat naik satu video di media sosial yang menyentuh hati ramai penonton. Video berkenaan memaparkan Ustaz Ebit menyarungkan cincin ke jari manis isteri bersempena pasar raya Elews Mart cawangan Sri Gombak.
Melihat kepada reaksi pengikutnya, rata-rata terpegun dan sejuk melihat cara Ustaz Ebit melayan pasangan. Mereka mengambil kesempatan tag suami masing-masing dan berseloroh agar dapat mencontohi sikap yang ditunjukkan.
Kesimpulannya, untuk mengerakkan sebuah kapal, ianya memerlukan pengemudi yang bijak dan tahu hala tuju. Semoga perkongsian Ustaz Ebit menjadi asbab untuk para suami mengubah cara layanan pada isteri di masa akan datang.