Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Umum sedia maklum bahawa bulan ini merupakan bulan yang penuh bermakna untuk setiap warganegara Malaysia berikutan kita bakal menyambut hari kemerdekaan buat kali ke-63.
Namun sayangnya masih ada sebilangan daripada rakyat kita memandang enteng tentang erti sebenar sebuah kemerdekaan itu sendiri. Zahirnya rakyat dilihat merdeka namun dalam jiwa masih ada yang cuba “memberontak”.
Lihat sahaja keadaan semasa, saban tahun ada sahaja kisah tak masuk akal memasang bendera secara terbalik. Alasan yang diberikan boleh didefinasi sebagai “mencuit hati” kerana tidak perasan dan tidak peka kejadian tersebut.
Persoalan sebenar, adakah tidak perasan atau sengaja menterbalikkan bendera untuk memberi petanda bahawa perlembagaan atau pentadbiran Negara bakal diubah kelak? Apa pun jawapan ada pada individu yang tidak bertanggungjawab yang berbuat sedemikian.
Kesannya adalah imej Negara di mata dunia di mana kita mengalami isu perpaduan kaum. Hal ini pernah mendapat perhatian Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang menyatakan akan mengambil tindakan tegas isu bendera terbalik.
Seharusnya sebagai seorang warganegara yang baik dan menghormati keharmonian perlu rasa malu terhadap diri sendiri jika tiada rasa sayang pada Negara. Lihat sahaja “orang luar” yang tidak tahu sejarah Malaysia, tetapi masih mampu mengibarkan secara baik.
Sebagai contoh kumpulan rock tersohor dunia iaitu Metalicca yang datang membuat persembahan di Negara kita. Biar pun baru beberapa jam di Malaysia, mereka mampu mengibarkan dengan cara yang betul.
Jadi di mana rasa malu kita terhadap orang luar? Perlu kah kita membuat provokasi di atas kemerdekaan yang diusahakan oleh orang terdahulu yang mencapai kata sepakat untuk saling bertolenrasi hidup dalam masyarakat majmuk dan harmoni.
Kesimpulannya, tiada alasan bagi mereka yang mengibarkan jalur gemilang secara terbalik. Pihak berkuasa perlu memberi perhatian sewajarnya terhadap isu ini baru lah “mereka” akan lebih terkesan.
Sama-sama kita lahirkan komuniti bijak pandai dan semoga isu sebegini tidak lagi berulang pada masa akan datang.