Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sesetengah pihak menganggap perkahwinan adalah suatu perkara yang sangat mudah. Bila rasa kasih terus sanggup lafaz janji hidup semati. Namun bila rasa sayang dah mula pudar, cuba jadikan alasan tiada lagi kesefahaman dalam hubungan.
Disebabkan itu lah setiap dari kita perlu bersedia sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga. Bersedia bukan sahaja dari segi poket, tetapi yang paling penting mental untuk menerima setiap tekanan dan kelemahan sepanjang perkongsian hidup.
Rumah tangga siapa je yang tak pernah dilanda badai. Adat dalam perkahwinan untuk bermasam muka dan sering bertelagah. Yang penting harus tahu cara menambat hati semula pasangan.
Bercerita mengenai rumah tangga, difahamkan pelakon kacak Keith Foo dan pasangan yang juga seorang model iaitu Kim Raymond sudah pun bercrai. Hal tersebut didedahkan sendiri oleh Keith yang memberitahu hubungan mereka terlerai sejak penghujung tahun lalu lagi.
Hanya mampu bertahan empat tahun sahaja, Keith menjelaskan yang mereka sudah pun tinggal berasingan sejak dua tahun lalu. Namun keputusan untuk bercrai secara rasmi adalah Disember lepas.
Biar pun tidak lagi bersama, Keith dikatakan masih lagi rapat dengan bekas isteri. Mereka bertindak profesional demi kebaikan anak tunggal mereka, iaitu Skylar Raymond Foo agar dapat membesar tanpa rasa janggal.
Tambah Keith lagi, anak mereka kini tinggal bersama Kim. Dia akan menjenguk pada setiap hari dan membawa pulang sekiranya dia bercuti atau tiada aktiviti penggambaran.
Disapa mengenai punca terlerai kasih sayang, Keith hanya mampu menjawab tiada lagi persefahaman dan perkahwinan bukan untuk dipaksa, kelak nanti makin melarat.
Semoga pilihan yang dibuat antara Keith dan Kim adalah yang terbaik untuk kebahagiaan mereka. Berpisah bukan maksud gagal tapi belajar dari kesilapan.