Sesetengah orang, menjalankan perniagaan bukan lah untuk menjadi kaya tapi mencari rezeki halal dan menampung keperluan keluarga.

Ini kerana bukan mudah untuk hidup di zaman modenisasi di mana segala harga barangan mula meningkat naik. Lihat sahaja not RM50, nilainya mampu dihabiskan dengan membeli beberapa keperluan sahaja jika nak dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu.

Sudah pasti ianya situasi yang sangat mencabar bagi generasi terdahulu yang hanya hidup mengharapkan pendapatan harian. Jihad dalam berniaga adalah hal yang sangat dituntut dalam agama.

WARGA EMAS MASIH USAHA BERNIAGA BIAR PUN KAKI PATAH

Ketaqwaan dan berserah rezeki sepenuhnya kepada Tuhan menjadikan seseorang itu lebih dekat dengan agama. Pada perkongsian kali ini, seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu video yang memaparkan usaha keras seorang lelaki warga emas.

Video yang menyentuh hati ramai pihak berikutan biar pun kesihatannya terjejas namun warga emas berkenaan masih gigih berniaga untuk mencari sesuap nasi untuk keluarganya.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Fatin Shabirah telah bertindak dengan mengajak orang ramai mempromosikan perniagaan cendol dan rojak pakcik tersebut yang terletak di Lembah Maju, berhampiran Pandan Indah.

Difahamkan pakcik berkenaan telah pun memasuki usia 67 tahun dan lebih menyayat hati apabila kakinya patah namun masih gagahkan diri untuk berniaga hampir setiap hari.

HANYA UNTUNG RM3 SEHARI

Meneliti rakaman dari Fatin, pakcik tersebut mengakui yang dia pernah mendapat keuntungan sebesar RM3 sahaja untuk sehari jualan berikutan sambutan kurang menggalakkan pada bulan ini.

Jadi, jika situasi tersebut terus berlanjutan, pakcik tersebut memilih untuk menutup kedai kerana tidak mahu lagi mengambil risiko. Justeru, Fatin menyeru orang ramai agar sama-sama membantu perniagaan warga emas berkenaan demi kelangsungan hidupnya sekeluarga.

Memberi reaksi kepada perkongsian Fatin, warganet meluahkan rasa sedih dan pilu mengenangkan rezeki warga emas berkenaan. Ramai yang mula membuat kicauan semula perkongsian tersebut bagi menviralkan kedai yang dimaksudkan.

Sehingga artikel ini ditulis, muat naik dari Fatin telah pun mendapat lebih daripada 8 ribu perkongsian dan 4 ribu tanda suka.

Kesimpulannya, tahun 2020 merupakan tahun yang sangat sukar untuk penduduk dunia. Di samping menghadapi masalah kesihatan, orang ramai juga turut berjuang dalam memperbaiki ekonomi diri masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here