Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bagi sesetengah pihak, mereka menganggap suatu perkahwinan itu tak jauh bezanya dengan perjudian hidup. Alasan yang diberikan adalah jika menemui pasangan yang baik maka bahagia lah rumah tangga dan jika sebaliknya boleh berubah menjadi merana.
Untuk membina rumah tangga, kita digalakkan untuk mengenal dulu hati budi pasangan masing-masing. Sedangkan yang bercinta bertahun-tahun masih namun lagi gagal untuk mempertahankan rasa sayang.
Kerana sudah menjadi lumrah manusia yang diciptakan hati dan perasaan yang sukakan perkara baru dan menarik. Oleh demikian, Islam menuntut umatnya agar berkahwin dengan seseorang itu kerana agamanya, kelak akan bahagia.
Berkahwin itu mudah tetapi untuk pertahankannya adalah satu cabaran yang besar. Pasangan suami isteri warga emas ini antara yang boleh dijadikan contoh buat anak muda. Biar pun umur sudah senja, ikatan cinta masih lagi mekar seperti waktu muda dahulu.
Difahamkan pasangan tersebut berasal dari Negara jiran, Indonesia yang mana telah dikongsikan oleh cucu mereka yang dikenali sebagai Prisma Difta menerusi aplikasi TikTok.
Video yang berdurasi 17 saat tersebut menunjukkan datuk Prisma, iaitu Kusno Admojo mengeluh gara-gara wajahnya mulai tua tambahan pula keadaan yang sakit sehingga tidak mampu untuk berbuat apa-apa kepada isteri.
Enggan membiarkan suami mengeluh sedih, isterinya cuba memberikan kata-kata semangat disamping berada di sisi suami seperti mana zaman mereka bercinta dahulu.
Melihat kepada reaksi warganet, ramai yang meluah rasa terharu dengan momen pasangan manis warga emas berkenaan yang tidak mungkin ada pada kebanyakan orang.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih dari 120 ribu jumlah tontonan dan rata-rata mendoakan agar datuk Prisma kembali pulih dan sihat seperti sediakala.
Kesimpulannya jangan pandang cinta menggunakan mata kerana mata akan sentiasa ditipu dan tidak akan puas dengan satu kecantikan. Nilai lah cinta berdasarkan tulusnya hati kerana agama, Insya Allah kekal sehingga ke syurga.