Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ketua Polis PJ Turun Sendiri Buat Kerja, Berpuluh Premis Judi Dipotong Bekalan Elektrik

Isu integriti dan ketegasan pihak berkuasa sering dibahaskan sejak akhir-akhir ini. Mereka merupakan tunjang dan tempat bergantung harap masyarakat dalam menjamin keselamatan diri.

Lihat sahaja aktiviti haram di sekitar ibu kota seperti rumah urut, perjudian dan banyak lagi. Rata-ratanya langsung tidak menunjukkan rasa takut apabila terang-terangan membuka premis di khalayak ramai.

BERPULUH PREMIS PERJUDIAN DIPOTONG BEKALAN ELEKTRIK

Terbaru, suatu operasi pemotongan bekalan elektrik telah dilaksanakan oleh pihak Polis Daerah Petaling Jaya. Dalam operasi tersebut, sebanyak 97 premis perjudian haram sekitar pentadbiran Petaling Jaya telah dikesan.

Ianya diketuai sendiri oleh Ketua Polis daerah berkenaan, iaitu ACP Nik Ezanee Mohd Faisal dan juga bekerjasama dari pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

AKAN LEBIH KERAP PANTAU AKTIVITI HARAM

Operasi tersebut tidak berakhir di situ sahaja. Difahamkan pihak IPD Petaling Jaya akan lebih kerap memantau dan menjalankan operasi berterusan dalam memastikan tiada lagi aktiviti-aktiviti perjudian haram berleluasa dalam daerah tersebut.

Bagi memudahkan kerja pihak berkuasa, orang ramai diminta untuk turut sama membantu menangani aktiviti haram tersebut dengan memberi maklumat berkaitan menerusi talian-talian yang disediakan.

“Masyarakat juga turut boleh membantu pihak berkuasa menangi gejala itu dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan perjudian ke talian-talian yang disediakan di setiap bilik gerakan khas yang dibuka di setiap kontinjen polis negeri seluruh negara.”
WARGANET PUJI TINDAKAN TEGAS IPD PETALING JAYA

Tindakan tegas yang ditunjukkan IPD Petaling Jaya telah disambut baik oleh orang ramai. Rata-rata netizen memuji keberanian dalam membanteras aktiviti perjudian yang menjadi duri dalam daging dalam kalangan masyarakat.

Justeru tiada lagi premis yang bersifat kebal boleh beroperasi sewenang wenangnya jika pihak atasan kekal menjalankan operasi sedemikian dari masa ke masa.

Semoga usaha keras seperti ditunjukkan IPD Petaling Jaya menjadi contoh buat negeri lain agar membasmi aktiviti haram sehingga ke lubang cacing.

Kongsi artikel ini: