Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Macam Diperguna! Ramai Luah Hentikan Beri Lesen Niaga Pada Rakyat Yg Berkahwin Warga Asing

Isu warga asing yang semakin bertambah bilangannya di dalam Negara sering dibahaskan warganet. Bermula dengan kemasukan secara haram sehingga lah tindakan mereka yang berani memonopoli ekonomi perniagaan di kebanyakan tempat sekitar ibu kota.

Dapat diperhatikan lambakan premis perniagaan yang diusahakan milik warga asing bak cendawan tumbuh selepas hujan. Yang lebih menghairankan apabila premis mereka ini dilihat sangat kebal dan liat untuk dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

WARGA ASING KAHWIN RAKYAT TEMPATAN UNTUK DAPATKAN LESEN

Bila diperhalusi, warga asing berani dan mampu memiliki perniagaan sendiri adalah kerana taktik mereka yang berkahwin dengan warga tempatan. Jadi pemberian lesen akan diberikan kepada pasangan tersebut lalu dimanipulasikan oleh mereka.

Hal tersebut diluahkan oleh Presiden Pertubuhan Majlis Bertindak Gabungan NGO Malaysia, iaitu Datuk Mohd Ridzuan Abdullah yang menggesa kerajaan agar menghentikan secepat mungkin pemberian lesen berniaga kepada rakyat tempatan yang berkahwin dengan warga asing.

Hal ini bukan lah sekadar tuduhan semata-mata. Ramai warga asing yang mula jadikan warga tempatan sebagai orang tengah untuk mereka memulakan perniagaan dalam Negara kita. Malah PBT sendiri mengeluarkan alasan bahawa warga asing mempunyai lesen atas nama pasangan yang berstatus warganegara.

HASIL KEUNTUNGAN DIHANTAR PULA KE NEGARA ASAL
“Namun ramai yang tidak tahu bahawa semua hasil keuntungan perniagaan akan dihantar ke Negara asal mereka. Fenomena ini juga secara tidak langsung menidakkan hak rakyat tempatan untuk berniaga apabila kebanyakan premis dibolot warga asing.” Jelas Ridzuan.

Memberi reaksi kepada kenyataan tersebut, warganet turut meluahkan sokongan agar pihak kerajaan memandang serius perkara tersebut sebelum ianya beranak pinak dan menjadi lebih melarat pada masa akan datang.

SIASAT MENDALAM KETIKA PERMOHONAN SSM DIBUAT

Bahkan mereka turut memberi pandangan bahawa pada setiap kali permohonan SSM, siasatan mendalam perlu dibuat terutama identiti pasangan. Jadi dah tiba masanya perkara ini dikawal tegas kerana tidak mustahil suatu masa nanti ekonomi Malaysia dijajah warga asing pula.

Semoga dengan luahan pendapat ini didengari oleh pucuk pimpinan Negara. Kepada masyarakat pula, jangan gentar untuk melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan aktiviti haram yang dilakukan oleh warga asing sekitar kawasan berdekatan.

Kongsi artikel ini: