Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

DAPSY Tampal Pelekat Bahasa Cina Pada Papan Tanda, Ramai Luah Rasa Kecewa

Beberapa hari sahaja lagi Negara kita, Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan buat kali ke-63. Sejarah Negara sangat penting bagi generasi muda dalam menyantuni antara satu sama lain memandangkan Negara kita memiliki masyarakat berbilang kaum.

Sudah pasti elemen tolak ansur dan rasa hormat perlu ada dalam diri bagi mengekalkan keharmonian Negara. Bagi yang buta sejarah, suka diingatkan bahawa pemimpin terdahulu telah bersusah payah mendapatkan kebebasan daripada pemerintahan British.

Perkara pertama yang dititikberatkan oleh penguasa British pada ketika itu adalah kebolehan dalam melahirkan masyarakat yang mampu bekerjasama dalam pelbagai kaum.

DAPSY PASANG PELEKAT BAHASA CINA UNDANG RASA KURANG SELESA RAMAI

Walau bagaimanapun, sejak semalam lain pula jadinya. Tindakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak yang menampal pelekat berbahasa Cina pada permukaan papan tanda di sekitar Bandar raya Kuching telah menimbulkan reaksi kurang senang ramai.

Ini berikutan perbuatan sedemikian disifatkan tidak peka dengan sentiment masyarakat majmuk di negeri itu. Hal tersebut telah mendapat perhatian ramai dan turut memberi reaksi ialah Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) ), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

MELANGGAR PERLEMBAGAAN DAN AKTA SEDIA ADA

Menurut beliau, perbuatan yang dilakukan oleh DAPSY tersebut adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963. Perbuatan parti DAP yang tidak harus terjadi kerana boleh melibatkan sensitiviti perkauman di negeri berkenaan.

“DAP tidak sepatutnya mengheret DBKU dalam (memenuhi kehendak agenda) politik mereka. Mereka tidak sepatutnya terikut-ikut dengan apa yang dilakukan (tanpa mengambil kira sensitivity di antara kaum seperti) di Semenanjung Malaysia.” Jelas Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
ALASAN SEBAGAI RUJUKAN PELANCONG DARI CHINA

Perbuatan DAPSY yang menampal pelekat Cina pada beberapa papan tanda di Bandar raya berkenaan atas alasan sebagai terjemahan dan kemudahan kepada pelancong dari Negara China yang datang ke negeri tersebut.

Tambah Dr Abdul Rahman lagi, perbuatan itu boleh disifatkan sebagai vandalism kerana telah melanggar peraturan dari DBKU itu sendiri kerana tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) terlebih dahulu.

BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN KAUM

Dalam pada masa yang sama, Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu Fazzrudin Abdul Rahman berkata, tindakan DAPSY Sarawak itu juga adalah bersifat sengaja dalam meneksplotasikan isu Bahasa yang memungkinkan ketegangang ramai.

Secara keseluruhannya, sejak dari tahun 1957 lagi Bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama rasmi Negara. Sewajarnya seluruh masyarakat perlu patuh dan akur dengan perlembagaan dan saling hormat menghormati.

Kongsi artikel ini: