Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Teruja Anak Semakin “Perempuan”, Hadiah DSV Pada Cik B Buat Peminat Ternganga

Lumrah kehidupan sebagai seorang wanita akan meminati kecantikan dan juga fesyen. Oleh yang demikian, mereka sanggup habis ribuan ringgit semata-mata untuk tampil cantik dan jangok di mata orang ramai.

Bermula dari barangan solekan, penjagaan kulit wajah, baju dan seterusnya sepatu amat dititik beratkan supaya penampilan kekal menyerlah. Namun tidak kesemua wanita berpandangan sedemikian.

CIK B MULA BERPENAMPILAN FEMININ DAN BERSOLEK

Ada juga sebilangan daripada mereka sukakan minimalis atau pun kelihatan seperti boyish. Antara yang sering menjadi tarikan ramai ialah Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih mesra dengan panggilan Cik B.

 

View this post on Instagram

 

🙂

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® 𓄁𓃠𓆉𓅿𓃰𓆏 (@cikb_havoc66) on

Biar pun dia merupakan anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV), pemakaian gadis remaja ini lebih kepada simple dan boyish dalam setiap gambar yang dimuat naik. Karakternya sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan ibunya yang sentiasa kelihatan havoc.

Bagaimanapun, Cik B menjadi sebutan netizen sejak akhir-akhir ini berikutan penampilan terkininya yang tampak lebih feminin. Dia yang sudah pandai mengenakan solekan pada wajah sekali gus mendapat pujian netizen.

DSV TERUJA, HADIAHKAN ANAK BERMACAM BARANGAN MEWAH

Sudah pasti perkara tersebut membuatkan ibu kesayangan melompat kegembiraan. Dalam perkembangan semasa, DSV terlalu teruja sehingga menghadiahkan beg tangan dan kasut berjenama mewah kepada anak gadisnya itu sebagai pembakar semangat.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Cik B menerusi laman Twitter miliknya pada beberapa jam yang lalu memaparkan hadiah yang diterima.

BETUAH CIK B DAPAT IBU YANG SENTIASA MENYOKONG DAN TIDAK MEMAKSA

Menjengah kepada ruangan komen, netizen menyifatkan bahawa DSV dan Cik B sering mendukung antara satu sama lain. Malah mereka merasakan yang remaja tersebut sangat bertuah kerana memiliki ibu yang memahami kehendak anak dan tidak terlalu memaksa keadaan.

Bila seseorang menjengah usia dewasa dan matang, baru lah mereka akan faham susun atur dan pentingnya penampilan diri di mata umum. Ini dibuktikan sendiri oleh Cik B yang sebelum ini malas bersolek dan hanya berpakaian bersahaja dan kini mula belajar untuk bersolek serta berdandan.

Kongsi artikel ini: