Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Cinta itu buta! Itu lah ungkapan yang sering didengar bila dua hati menjadi satu. Di saat individu menyerahkan jiwa raga kepada orang yang disayang, semuanya akan kelihatan baik dan tiada satu pun yang buruk di mata mereka.
Cinta itu lahir dari perasaan dan ianya tidak mampu untuk direka. Bila dah ada suatu perasaan, umur atau pun cacat cela ditolak tepi. Yang ada adalah momen indah dan janji hidup setia.
Biar pun perbezaan umur 12 tahun, pasangan romantis Rozita Che Wan atau lebih selesa disapa Che Ta dan Zain Saidin dilihat saling melengkapi dan kekal bahagia. Adakalanya sehingga menimbulkan rasa cmburu peminat yang melihatnya.
Namun, sebagai selebriti, Che Ta akui yang dirinya turut berdepan dengan mulut-mulut jahat. Kadang kala timbul perasaan geram aktres berkenaan apabila tampil individu yang memberikan komen hubungan mereka tak jauh seperti mak dan anak.
Biar pun komen tersebut bersifat melampau, Che Ta enggan melayan sangat perasaan geram. Malah bertindak menyekat sahaja komen yang melampau di laman Instagram miliknya itu.
Tambah Che Ta, dia terfikir keadaan mereka ketika Zain menjengah usia 50 tahun dan dia menginjak 60 tahun kelak. Biar pun terkedu namun Che Ta berpendapat bahawa kasih sayang terletak pada hati dan bukannya dinilai pada fizikal semata-mata.
Konklusinya, cinta dan kesetiaan terletak pada hati masing-masing. Namun itu bukan lah tiket untuk para isteri berasa selesa dengan keadaan semasa kerana perlu diingat bahawa Allah Maha Berkuasa dan mampu bolak balikkan hati hambaNya pada bila-bila masa sahaja.