Menjadi salah seorang ahli pihak berkuasa atau lebih tepat lagi sebagai anggota polis memiliki cabaran tersendiri. Selain daripada berdepan dengan risiko nyawa, mereka juga perlu bijak dalam mengawal emosi.

Antara yang menjadi perhatian rakyat dewasa kini adalah sikap komited dan tanggungjawab yang dipamerkan oleh Ketua Polis Johor iaitu Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Ditanya soal keselamatan negeri, Ayob Khan menyifatkan yang Johor datang dengan pelbagai pakej.

BENTUK GEOGRAFI JOHOR UNIK BERBANDING NEGERI LAIN

Ini disebabkan selain tugas hakiki menjaga isu jnayah, antara perkara lain yang menjadikan Johor berbeza dari negeri lain adalah dari segi geografi negeri berkenaan yang berhubungan dengan dua Negara jiran iaitu Singapura dan juga Indonesia.

“Di Johor, kita ada kawasan persisiran pantai yang luas, keseluruhan Pantai Timur dan Pantai Barat saya rasa kita ada kira-kira 530 kilometer. Bila ada kawasan pantai yang luas, kita ada banyak isu. Isu penyeldupan manusia, penyeldupan barang-barang kontraban – rokok, arak dan sebagainya.”
“Selain itu, kita juga bersempadan dengan dua negara Indonesia dan Singapura, jadi adalah isu-isu berkaitan bilateral (hubungan dua hala) yang melibatkan Johor dan dua negara berkenaan.” Memetik kenyataannya kepada Bernama.

BARU LIMA BULAN DI JOHOR, PELBAGAI PERKARA DAPAT DISELESAIKAN

Lihat sahaja pencapaian diraih oleh pimpinan Ayob Khan. Biar pun baru memasuki bulan kelima sebagai Ketua Polis Johor, pelbagai perkara dapat diselesaikan dan antaranya tertumpasnya sebuah rantaian sindiket penyeldupan migran asing yang dikenali sebagai “Geng Otong”.

Menjawab kepada strategi yang digunakan untuk menyelesaikan kes tersebut, dia mendedikasikan penghargaan buat pasukan yang sangat komited dengan tugas terutama pegawai kanan, Ketua Jabatan Siasatan Jnayah (Risikan/Operasi) Johor, SAC Md Yusof Ahmad.

“Saya mempunyai satu pasukan yang amat mantap. Saya boleh katakan 95 peratus pegawai dan anggota saya berdedikasi, komited, berintegriti dan memberi sokongan padu kepada semua misi dan arahan-arahan yang saya berikan.”
“Satu contoh pegawai yang baik dan selalu saya jelaskan dan berkongsi dengan pihak media adalah SAC Md Yusof Ahmad.”
“Beliau seorang yang berpengalaman dan dalam konteks menangani isu-isu jnayah dan migran ni, beliaulah penggerak utama dalam negeri Johor dan dengan kepakaran dan komitmen beliau dan pegawai serta anggota bawahan, kita banyak melancarkan operasi-operasi ke atas migran.” Jelasnya lanjut.

TEGAS BERKAITAN INTEGRITI DALAMAN PEGAWAI

Ketegasan anak kelahiran Pendang, Kedah tersebut tidak asing lagi. Dia yang sering kali menjadi bualan ramai semenjak hari pertama tiba di Johor dalam membasmi segala kegiatan jnayah dan juga integriti pegawai bawahannya.

Bukan sekadar omong kosong, ianya dibuktikan sendiri dengan penahanan 23 orang pegawai dan anggota penguat kuasa yang bersenkongkol dengan sindiket penyeldupan migran di pantai timur Johor Julai lalu.

“Sebagai Ketua Polis Johor, dari hari pertama saya di Johor, saya sudah tegaskan isu integriti ini saya tidak akan bertolak ansur. Saya sudah cakap dari awal lagi, sebarang pelanggaran tatatertib, bersekongkol dengan elemen-elemen jnayah, saya akan tangkap.” Tegas Ayob Khan.

Kesimpulannya sikap tegas yang dipamerkan harus dipuji dan menjadi contoh kepada pegawai atasan yang lain dalam mengawal isu keselamatan Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here