Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Melayu & Iri Hati Berpisah Tiada! Gadis Hidup Porak Peranda Dgn Tunang, Setahun Jadi Buatan Orang

Sering kali kita dengar dengan ungkapan rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Lumrah kehidupan manusia akan berdepan dengan ujian tersendiri. Yang paling mencabar apabila golongan yang iri hti dengan kejayaan diri.

Perlu kita sedar bahawa setiap dari kita mempunyai aturan hidup masing-masing. Jika nak berjaya berusaha dan minta pertolongan daripada Allah SWT dan bukan memuja perkara bertentangan dengan agama.

HIDUP JADI SEPARUH GILA

Bercakap soal iri hti, seorang pengguna Facebook ada berkongsikan kisah di mana berdepan dengan ujian sewaktu tempoh mengikat tali pertunangan hingga dirinya hampir menjadi separuh gila.

Dikenali sebagai Sya Aisyahra, dia yang mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu telah menjadi mngsa buatan orang oleh individu yang iri hti dengannya. Dia yang menjadi bukan dirinya sendiri akhirnya mendapat rawatan di sebuah pusat perubatan Islam di Kedah.

MULA TERGILAKAN ORANG LAIN

Apa yang dialami oleh gadis 25 tahun ini, selepas sebulan dia bertunang hatinya mula bercelaru. Pelbagai perkara buruk yang dia lakukan semata-mata untuk menyakiti hati pasangan agar dilepaskan.

Tak cukup dengan itu, menurut Sya dia mula tergilakan orang lain. Pelbagai perubatan cara kampung yang keluarganya usahakan namun semua gagal menemui penyelesaian.

Keadaan bertambah buruk apabila Sya dilihat sering menyendiri dan juga bergduh dengan ahli keluarga sendiri hingga menjadi porak peranda.

Pelbagai usaha pihak keluarga lakukan. Bila dibawa ke hospital, hasilnya tidak menunjukkan apa-apa tanda. Doktor hanya berikan surat panic attack dan minta Sya untuk hadir kaunseling untuk tenangkan diri.

DUA KALI PUTUS TUNANG

Selepas beberapa episod keskitan dan dua kali ptus tunang, hadir seorang hamba Allah menegur Sya yang dia kelihatan sangat “lain” tidak seperti individu yang dikenali sebelum ini.

Bermula dari situ lah Sya mula dapatkan rawatan berjumpa dengan seorang ustaz di Darulssyifa Kedah. Dengan perubatan Islam, membaca rukhyah dan al-quran, terungkai lah semua persoalan yang menyebabkan kehidupannya bercelaru selama ini.

RAHSIAKAN PERTUNANGAN, HEBAHKAN PERKAHWINAN

Jelas Sya, setahun lebih dirinya menjadi buatan org (mngsa shir) oleh individu berhati khianatt yang berhajat supaya dia tidak jadi kahwin dan seterusnya nak jadikan dia giila.

Pada akhir penulisan, Sya sempat berkongsikan beberapa pesanan bagi mereka yang turut mengalami perkara yang sama. Melihat kepada reaksi warganet, mereka sempat menitipkan doa agar kesihatan Sya kembali pulih dan dilindungi daripada perbuatan keji.

Kongsi artikel ini: