Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ungkapan “sedangkan haiwan pun punya perasaan ini kan pula manusia” sering kali ditujukan buat mereka yang tidak berperikemanusiaan atau bersifat bengis. Mana tidaknya, seekor haiwan kenal belas kasihan dan sentiasa menyantuni mereka yang berbuat baik.
Bagi umat Islam, mempunyai haiwan peliharaan ada batasnya terutama melibatkan perkara halal dan haram. Ini kerana, agama menitik beratkan soal kebersihan serta kesucian tempat tinggal.
Sehubungan dengan itu, penganut agama yang baik perlu lah patuh dan mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam agama. Antara haiwan yang dilarang dalam agama adalah anjing.
Biar pun anjing memiliki perwatakan yang menarik dan sangat manja dengan tuannya, penganut Islam dilarang untuk menyentuh haiwan tersebut dalam keadaan basah. Namun jika terpaksa kita boleh membersihkannya melalui kaedah sertu.
Bercerita mengenai sifat haiwan, baru-baru ini seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Ridhuan Daud ada memuat naik satu video di laman Twitter yang menunjukkan seekor anjing jalanan.
Yang menjadi perhatian adalah anjing tersebut kelihatan sayu dan sedih ketika Ridhuan hendak pulang ke rumah dari tempat kerja.
Sebelum menerima pandang serong daripada orang ramai, pemuda berusia 22 tahun tersebut terlebih dahulu memberitahu niatnya hanya ingin berkongsi rasa kasih sayang bagi seorang pencinta haiwan malah dia dilihat memakai sarung tangan sebelum menyentuh anjing tersebut.
Kesian dia muka sedih je bila tiap kali tuk nak balik rumah. Don’t be sad, atuk always with you. Chin up! pic.twitter.com/BjgUvmo8yG
— Ridhuan (@AtukNature) August 18, 2020
Menurut Ridhuan, dia tahu akan pandangan umum dengan sikapnya yang baik terhadap anjing. Bagaimanapun dia tidak kisah dengan kata-kata orang kerana baginya dia tahu jaga batas dan hukum sebagai seorang muslim.
Difahamkan pemuda tersebut sering kali memberi makanan kepada anjing jalanan itu sejak beberapa minggu yang lalu. Awalnya dia yang sering melepak di tepi laut sekitar Johor Bahru selepas waktu kerja kemudiannya akan memberi anjing jalanan makan.
Selepas beberapa hari Ridhuan tidak ke sana akhirnya anjing berkenaan merayau sehingga mereka berjumpa di kedai serbaneka tempat Ridhuan bekerja. Bermula pertemuan itu, anjing tersebut akan sentiasa menunggu Ridhuan di tempat kerjanya sebelah petang, sebelum dia balik kerja.
Sedangkan haiwan pun kenal jasa baik yang dibuat ini kan pula kita sebagai manusia. Semoga tindakan baik ditunjukkan Ridhuan menjadi contoh baik buat kita semua dan jangan cepat menjatuhkan hukum kepada pencinta haiwan.