Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Penantian Anak Sulung Berakhir Dgn Syahid! Kucupan Akhir Dari Anak Buat Ibu Cetus Sebak Pembaca

Ibu! Dari satu perkataan sudah dapat digambarkan seorang insan yang kelihatan lembut tetapi jiwa yang penuh besar. Pengorbanan seorang ibu tidak dapat digambarkan, tiada tolok banding dalam kehidupan seorang anak.

Tanpa ibu, kita tidak akan kenal dunia ini kerana dia lah individu yang melahirkan kita. Namun ramai antara kita memandang remeh perkara tersebut walhal mereka yang bertarung nyawa ketika berada di dalam dewan bersalin.

HILANG KAKAK, DIJEMPUT KETIKA MELAHIRKAN ANAK SULUNG

Bercerita mengenai pengorbanan ibu, terbaru seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai Adek Eyka berkongsikan momen kehilangan kakaknya. Ajal maut terletak di tangan Tuhan dan tiada siapa yang mampu mempertikaikannya.

Dalam menanti saat gembira untuk menyambut ahli keluarga baru, difahamkan Allahyarhamah kakaknya, Siti Aisyah Binti Zulkafli terlebih dahulu dijemput Ilahi seusai melahirkan bayi sulung.

URUSAN SANGAT MUDAH, BAYI LANGSUNG TAK MERENGEK

Tidak berkongsi secara terperinci punca pemergiaan Allahyarhamah. Cuma dalam entri Eyka dia mengimbau kembali saat persiapan jenazah bermula dari dikafankan sehingga lah pengebumian selesai di mana bayi arwah langsung tidak menangis.

Seakan faham dengan keadaan yang dilalui, bayi berkenaan menjadikan urusan tersebut berjalan dengan baik. Tak seperti kebiasaan bayi yang akan merengek untuk mencari ibunya.

KUCUPAN AKHIR DARI ANAK MENAMBAHKAN LAGI RASA SEBAK RAMAI

Perasaan menjadi lebih tersentuh apabila perkongsian Eyka memaparkan kucupan terakhir daripada seorang anak yang baru nak kenal dunia kepada si ibu yang berkorban nyawa saat melahirkan anak sulung.

Melihat kepada reaksi warganet, ramai yang turut bersimpati keaadan yang menimpa keluarga Eyka. Biar pun ianya bukan lah mudah untuk dilalui namun ganjaran yang bakal Allah berikan kepada Allahyarhamah adalah yang terbaik disisiNya.

Mereka juga sempat menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan mendoakan agar kuat menerima ujian sedemikian.

Percaya lah bahawa janji Allah itu pasti. Yang hidup tetap akan menemui Sang Pencipta. Yang jauh itu masa lalu dan yang dekat itu adalah mti. Sama-sama kita persiapkan diri dengan amal ibadah dan juga menjaga solat 5 waktu.

Kongsi artikel ini: