Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah Jumpa Dress Kuning Yg Hilang! Reaksi Tok Ti Utk Parodi 7 Hari Mencintaiku 2 Jadi Perhatian

Drama yang mencetuskan fenomena tersendiri, 7 Hari Mencintaiku 2 sudah pun melabuhkan tirai. Drama berkenaan telah melahirkan pelbagai emosi dalam kalangan penonton, ada yang geram dan ada pula yang bersedih.

PARODI KHUZAIRI HALAU MIA JADI PERHATIAN WARGANET

Lihat sahaja penangan drama tersebut sehingga muncul pelbagai parodi yang dihasilkan bagi netizen yang kreatif. Yang paling menarik mata orang ramai adalah babak di mana Khuzairi ingin diakad nikah dan dia menghalau Mia dari berada di situ.

BERKAITAN: Keluarga Lakon Semula Babak Khuzairi Halau Mia! Penyanyi Latar Belakang Pula Buat Ramai Berdekah

MENDAPAT PERHATIAN SITI NURHALIZA, DAH JUMPA SIAPA YANG AMBIL DRESS

Video yang dihasilkan tersebut bukan sahaja menjadi perhatian netizen bahkan penyanyi asal OST Aku Bidadari Syurgamu drama berkenaan, iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selesa disapa Tok Ti, dia meluahkan rasa terhibur dengan parodi yang dihasilkan terutama babak wanita jadian yang turun dari tangga.

Dalam perkongsian Tok Ti di laman Twitter miliknya, dia sempat berseloroh yang akhirnya sudah mengetahui siapa yang mengambil gaun kuning miliknya yang selama ini. Ini berikutan salah seorang pelakon memakai baju hampir sama miliknya.

β€œPatut dress kuning saya hilang.” Seloroh Tok Ti.

WARGANET MINTA PELAKON PULANGKAN KEMBALI BAJU TOK TI

Melihat kepada gurauan Tok Ti, ramai warganet meninggalkan komen yang terhibur dengan sindiran tersebut. Ditambah pula dengan elemen parodi yang kena dengan tempo.

Netizen turut berseloroh menyatakan agar pelakon berkenaan memulangkan kembali baju yang dipinjam kepada Tok Ti dan jangan berlagak buat macam harta sendiri.

Apa pun perkongsian tersebut hanya lah bersifat hiburan semata-mata. Untuk jadi terkenal dewasa kini bukan lah perkara sukar. Hasilkan konten yang baik dan menarik minat ramai sudah pasti akan tular di media sosial.

Kongsi artikel ini: