Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibu. Kerana itu lah kita dituntut untuk sentiasa membuat kebaikan kepada ibu terutama bagi anak-anak lelaki. Tanggungjawab seorang anak lelaki kepada ibunya tidak pernah putus biar pun sudah berkahwin.
Kita perlu sedar dan ingat tentang pengorbanan mereka saat membesarkan anak. Terutama ketika penat lelah mengandung 9 bulan dan bertarung nyawa di bilik bersalin.
Suka penulis ingatkan agar luangkan lah sedikit masa untuk menjenguk orang tua di kampung meski sesibuk mana kita berurusan dengan mencari rezeki. Sesungguhnya orang yang bertuah adalah mereka yang masih berkesempatan mendapat doa ibu selagi hayat dikandung badan.
Sejak semalam tular beberapa keping gambar di laman sosial mengenai satu majlis pernikahan. Ianya dikongsikan oleh seorang jurugambar yang dikenali sebagai Seniman Visual, memaparkan kasih sayang seorang anak dan pengorbanan seorang ibu.
Gambar tersebut mengundang pelbagai rasa bagi yang melihatnya apabila pengantin lelaki mendukung si ibu yang sudah tidak mampu berjalan lagi untuk masuk ke ruangan masjid bagi melihat majlis akad nikah.
Sehubungan dengan itu, menurut Seniman Visual, ianya adalah momen yang paling sebak yang pernah dilalui mereka, seorang ibu masih sanggup bersusah payah untuk melihat memberi sokongan kepada anak di hari bahagia.
Lihat sahaja perkongsian gambar tersebut, suasana majlis pernikahan menjadi sayu. Rata-rata yang hadir turut sebak melihat kasih sayang yang ditunjukkan kepada keluarga berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut dapat merasai suasana pilu yang dikongsikan oleh jurugambar tersebut. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Sudah semestinya dia ingin melihat hari bahagia zuriatnya sebelum mata menutup rapat.
Kesimpulannya, hargai lah kasih dan sayang seorang ibu. Cuba lah luangkan masa dan hargai mereka selagi mana kita diberi kesempatan. Semoga perkongsian ini menyedarkan pembaca yang mungkin terlepas pandang atau terleka dengan urusan dunia.