Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang unik di mata dunia. Rakyatnya yang berbilang kaum adalah bukan satu perkara yang mudah untuk disatukan dan hidup harmoni.

Hampir 63 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah. Oleh demikian kita perlu rasa bersyukur dan dan terhutang budi dengan orang terdahulu kerana usaha gigih mereka lah kita dapat bersatu dan hidup bahagia pada hari ini.

Biar pun begitu, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan kurang rasa patriotik terhadap Negara tercinta. Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan Negara.

LAGI KES PASANG BENDERA TERBALIK DI JOHOR

Sudah pasti ramai yang mula memasang bendera pada kenderaan dan tempat tinggal masing-masing bagi menghargai hari bersejarah berkenaan. Namun, saban tahun ada sahaja kisah yang membabitkan isu pemasangan bendera terbalik.

Entah dari mana datangnya ideologi sehingga sanggup membuat perkara yang mengundang kontroversi dan boleh menjatuhkan air muka Negara. Walhal semua tahu bahawa bendera Negara atau jalur gemilang melambangkan identiti dan martabat Negara.

Terbaru, seorang wanita berusia 55 tahun yang tinggal di Jalan Lee Ah Leng, Taman Nasib, Kluang, telah ditahan pihak berkuasa kerana bertindak memasang jalur gemilang secara terbalik di kedai makan miliknya.

HASIL ADUAN ORANG AWAM

Menurut Ketua Polis Johor iaitu Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay, tangkapan dibuat selepas mendapati wanita berkenaan telah lama bertindak memasang bendera terbalik di premis miliknya itu, hampir dua tahun.

Ianya juga hasil kerjasama dari orang awam yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, sekali gus membawa kepada penahanan wanita berkenaan pada hari yang sama.

BAKAL DIKENAKAN HUKUMAN RM20,000

Menurut Ayob Khan lagi, keterangan daripada suspek sudah pun diambil dan akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (penggunaan tidak wajar) (pindaan) 2017 yang boleh disabitkan kesalahan dan didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk hidup dalam keadaan majmuk, sama-sama lah kita bertanggungjawab terhadap Negara dan sayangkan tanah air. Buang lah segala persepsi atau pun fahaman yang membawa kepentingan diri sendiri yang boleh mengaibkan maruah Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here