Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ketika Negara berdepan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada beberapa bulan yang lalu, beberapa orang artis telah menerima kritikan hebat daripada netizen berhubung permintaan mereka yang memohon agar pihak kerajaan pertimbangkan bantuan khusus kepada anak seni.
Tampil berbeza dengan rakan artis yang lain, Abd Rahman bin Kasim atau nama pentasnya Man Raja Lawak bertindak menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan hilang punca pendapatan.
Namun terbaru, timbul pula dakwaan yang kurang sedap untuk didengar oleh Juara Raja Lawak Musim ke-5 berkenaan apabila dia dituduh menipu berkaitan sumbangannya kepada masyarakat sewaktu PKP dahulu.
Tampil seorang individu yang dikenali sebagai Adam Mazwan menyatakan bahawa Man hanya sekadar cakap kosong sahaja. Tambahnya lagi, Man telah menipu netizen Malaysia kononnya memberi bantuan ribuan ringgit hanya semata-mata untuk dilihat “hero” di mata ramai.
Merasakan tuduhan itu bersifat melampau, akhirnya Man memberi respon dengan mempelawa individu berkenaan untuk bertemunya dibalai polis bagi menunjukkan segala bukti.
Individu berkenaan tidak berdiam diri. Dia masih berkeras dan mencabar pelawak berkenaan untuk membawa hal tersebut ke mahkamah. Menurutnya lagi, dia merupakan orang terdekat dan tahu selok belok kegiatan Man.
Sehingga hari ini Man masih belum memberikan apa-apa kenyataan berhubung masalah berkenaan. Apa yang pasti, sedekah dan amal jariah bukan lah untuk dipertontonkan kepad umum. Semoga dakwaan ini hanya lah bersifat provokasi semata-mata.