Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Beza Sehari Sahaja, 2 Ibu Muda Dijemput Ilahi Selepas Bersalin Anak Sulung Cetus Sebak Ramai

Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu adalah ungkapan yang paling sesuai untuk diberikan kepada kaum wanita. Pahit jerih dan penat lelah sewaktu membawa kandungan 9 bulan di dalam rahim tiada tolok bandingnya.

Pengorbanan mereka sewaktu bersalin sehingga menaruhkan nyawa sendiri. Sebelum ini ada sahaja kisah di mana komplikasi berlaku di saat melahirkan anak sehingga meragut nyawa.

KISAH PERTAMA: ISTERI DIJEMPUT SELEPAS BERSALIN AKIBAT KOMPLIKASI

Satu perkongsian di laman Facebook telah menarik mata penulis berkaitan pengorbanan para isteri yang mungkin tidak dirasai oleh ramai suami. Hasrat seorang ibu untuk menatap cahaya mata sulong tidak kesampaian apabila ajal menjemputnya dahulu.

Dikenali sebagai Umi Afiqah Alhanis Mohd Azmi yang berusia 26 tahun difahamkan meniggal dunia selepas melahirkan bayi perempuan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada 15 Ogos lepas. Ianya berpunca dari komplikasi dalaman saat melahirkan anak.

KISAH KEDUA: SIHAT SELEPAS BERSALIN KEMUDIAN MEROSOT SEHINGGA DISERANG SAWAN

Kisah kedua pula dikongsikan oleh Mr Wan Cai Official dimana seorang lagi ibu muda menghembuskan nafas seusai melahirkan anak pertama. Allahyarhamah Noor Syahira Binti Azizi meniggal pada 16 Ogos lalu setelah tidak sedarkan diri lebih 6 hari.

Awalnya kesihatan allahyarhamah baik dan sihat sahaja selepas melahirkan anak sulungnya itu. Kemudian kesihatannya mulai merosot secara tiba-tiba pada 8 Ogos sehingga mengakibatkan dia diserang sawan.

Selepas menjalani pembedahan kali kedua, allahyarhamah tidak menunjukkan sebarang reaksi positif apabila sekali lagi diserang sawan sehingga hilang ingatan lalu koma.

“Doktor mendapati otak ibu muda ini sudah lagi tidak berfungsi selepas bertarung nyawa. Akhirnya allahyarhamah menghembuskan nafas yang terakhir.”
“Berakhir juga satu pendritaan. Terhenti sudah segala kesakitan. Perginya seorang isteri dan insan yang dicintai. Terputus sudah kasih sayang antara suami dan isteri.”

Dengan perkongsian ini, diharapkan para suami lebih menghargai penat lelah seorang isteri selama berada di sisi. Sesungguhnya pengorbanan mereka sewaktu di dewan bersalin tidak dapat digambarkan hanya dengan kata-kata.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat kedua allahyarhamah. Semoga suami diberi kekuatan dalam menerima ujian yang diberikan.

Kongsi artikel ini: