Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Netizen Tak Jadi Benci “Nurul Ain”. Nyanyiannya Buat Ramai Mula Jatuh Cinta

Pelakon baru Wafariena Roslan mula menjadi perhatian ramai gara-gara watak yang dibawanya sebagai Nurul Ain dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2. Lakonan bersahaja yang ditampilkan Wafa telah membuatkan ramai penonton rasa berang.

Dengan keadaan isu semasa melibatkan orang ketiga yang suka mengganggu kebahagiaan rumah tangga orang lain turut menjadi penguat kepada watak Nurul Ain untuk terus menjadi tomahan ramai.

“NURUL AIN” BUAT KEJUTAN DI KONTI GENG PAGI HOT

Lihat sahaja di media sosial, seorang demi seorang tampil meluahkan rasa geram dengan lakonan menjadi Wafa sehingga menyerangnya di ruangan komen Instagram.

Pagi tadi, pemegang watak Nurul Ain ini hadir ke konti Hot FM untuk ditemubual bersama penyampai Geng Pagi Hot (GPH). Sepanjang temu bual, “Nurul Ain” dilihat selesa mengulas amanah lakonan dalam drama sehingga menjadi trending.

“Nurul ni sebenarnya bukan penggoda la guys. Dia berdendam je sebab adik dia.”

SELAIN WATAK ANTAGONIS, WAFA MILIKI SUARA LUNAK

Apa yang penulis ingin kongsikan pada kali ini bukan lah watak si Nurul Ain. Tetapi bakat yang terselindung di sebalik wajah cantik anak kelahiran Pulau Pinang tersebut. Siapa duga Wafa yang berdagu lekuk memiliki suara yang sungguh merdu.

Dia tampil membuat kejutan dengan mendendangkan lagu OST drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang bejudul Bidadari Syurga sebagai hadiah kepada pendengar radio Hot FM.

Melihat kepada video yang dimuat naik, ternyata Wafa bukan sahaja pandai berlakon malah boleh dipuji sebagai versatil dalam menjadi seorang anak seni.

NETIZEN TAK JADI BENCI “NURUL AIN”

Melihat kepada reaksi netizen, mereka turut memuji nyanyian daripada Wafa. Malah sempat berseloroh untuk tidak mahu lagi dari terus membenci si Nurul Ain kerana telah pun jatuh cinta dengan suaranya.

Sebab itu lah orang tua dahulu suka berpesan agar jangan terlalu membenci seseorang takut nanti asbab benci bertukar kepada jatuh cinta. Semoga bakat Wafa dapat terus diterima ramai dan berjaya dalam dunia lakonan yang diceburi.

Kongsi artikel ini: