Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Keluarga Lakon Semula Babak Khuzairi Halau Mia! Penyanyi Latar Belakang Pula Buat Ramai Berdekah

Tidak dapat disangkal lagi, drama 7 Hari Mencintaiku 2 mencipta fenomena tersendiri sehingga mencetuskan pelbagai emosi dalam kalangan penonton. Ada yang meluahkan rasa geram dengan watak Nurul Ain dan Mak Leha.

Ada pula yang kasihan mengenangkan nasib Khuzairi dan juga Mia gara-gara dirobek pihak ketiga. Boleh dikatakan drama ini muncul tepat pada masanya berikutan keadaan isu semasa yang sering dibanjiri kisah keretakan rumah tangga dan isu kehidupan bermadu.

 

View this post on Instagram

 

Pergi Mia! Abang tak nak tengok muka Mia😭 sedih tengok Khuzairi tengking dan halau Mia😢 . #7HARIMENCINTAIKU2 Mulai 2 Julai 2020 Setiap Isnin hingga Jumaat 7 Malam hanya di Akasia @tv3malaysia . Adaptasi Novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya @sitirosmizahsemail Arahan : @khanmancung Terbitan : @sronesdnbhd Dibintangi oleh @sallywho @shukriyahaya @lala.wansharmila @syazwanzulkifly @lizza_abdullah @kazar35 @jajailiyes_ @bilazali @jasminhamidjh @seanlje @dhia_ly_official @puterirafasya1 @shaharuddinthamby @wafarienaroslan @_anneabdullah08 @razzuanrosli @syaffiqsahli Dan ramai lagi . OST Aku Bidadari Syurgamu – @ctdk . #7harimencintaiku2 #akasiatv3 #tv3malaysia #sitisaleha #shukriyahaya #wansharmila #sofi #syazwanzulkifly #khuzairi #miaadriana #ctdk #7harimencintaiku #dramasangat #Malaysia #kitabaikramaisayang #sitinurhaliza #seanlee #kitajagakita #buntat #paksamad #makleha #fightcovid19 #kitamestimenang #sitirosmizah #dramaadaptasinovel #akubidadarisyurgamu

A post shared by 7 Hari Mencintaiku 2 (@_7harimencintaiku2) on

PARODI KHUZAIRI HALAU MIA JADI PERHATIAN

Sehingga hari ini pelbagai parodi telah muncul berkaitan babak-babak yang ada dalam drama berkenaan. Pada kali ini, menarik perhatian penulis adalah parodi membabitkan babak Khuzairi menghalau Mia sewaktu akad nikah.

Tampil berbeza dengan parodi yang lain, sebuah keluarga cuba melakonkan semula aksi yang sama. Pengantin lelaki lengkap berpakaian putih menghalau isteri dari terus berada pada majlis tersebut sambil diperhatikan ahli keluarga yang lain. (Lelaki bepakaian wanita).

PENYANYI LATAR MENCUIT HATI PENONTON

Dalam keadaan serius dan kalut Mak Leha cuba mengejar Mia, tidak semena-mena hadir seorang penyanyi yang turun dari tangga dengan bergaun kuning dan berkumis sambil membuat miming lagu OST drama berkenaan, Aku Bidadari Syurgamu.

Mimik muka yang penuh perasaan telah berjaya mencuit hati orang ramai. Video pendek berkenaan telah berjaya memikat hati penonton. Mereka sempat berseloroh menyatakan bahawa persembahan tersebut telah menyiksa tetamu yang hadir pada majlis yang diadakan.

Sehingga artikel ini ditulis, video parodi berkenaan berjaya meraih lebih 80 ribu jumlah tontonan. Rata-rata memuji aksi kreatif keluarga tersebut yang juga berjaya menjadi tumpuan ramai.

Kongsi artikel ini: