Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Keadaan Semasa Melibatkan Kemlangan Ng*ri Pelumba Negara, Hafizh Syahrin

Menjadi seorang pelumba motosikal bukan lah semudah yang kita tonton di kaca televisyen. Sebenarnya mereka mempertaruhkan nyawa dan ada nilai yang perlu mereka korbankan sepanjang berada di atas litar perlumbaan.

Malaysia sangat bertuah kerana memiliki bakat muda iaitu Hafizh Syahrin yang berjaya membawa nama Negara ke pentas dunia permotoran. Dia berjaya mencuri mata peminat dengan skil tersendiri di atas litar MotoGP dan kemudian beralih ke Moto2.

KEMLANGAN MELIBATKAN PELUMBA NEGARA MENGEJUTKAN PEMINAT

Walau bagaimanapun, peminat pelumba berkenaan dikejutkan dengan berita mendukacitakan apabila pelumba berkenaan mengalami kemlangan ketika beraksi di perlumbaan Moto2 di Litar Red Bull Ring, Austria semalam.

Melihat kepada rakaman kejadian, ramai yang meluahkan rasa gusar dan khuatir dengan keadaan semasa Hafizh. Lihat sahaja perlnggaran antara jenteranya dengan seorang lagi pelumba, Enea Bastianini sangat serius sehingga dibawa menaiki ambulans.

Kesan pelanggaran mengakibatkan motosikal Hafizh yang datang dari arah belakang terpelanting ke hadapan. Selain pelumba Negara, antara lain yang terlibat ialah Edgar dan juga Farid Izdihar.

PERKEMBANGAN SEMASA, HANYA MENGALAMI KECDERAAN RINGAN

Dalam perkembangan semasa pelumba Negara, khabar lega meniti peminat apabila isterinya, Suzana Manaf memaklumkan yang Hafizh berada dalam keadaan baik. Dia hanya sekadar mengalami kecderaan ringan serta berada dalam keadaan sedar.

Hasil perkongsian Suzana Manaf memperlihatkan Hafizh masih sedar dan mampu berbual dengan mereka yang berkunjung melawat keadaannya.

“Speedy recovery husband. Hope you feel better soon. I wish I could have been there for you.” Tulis Suzana.
PEMINAT DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK HAFIZH SYAHRIN

Melihat kepada reaksi peminat di laman Instagram, rata-rata meluahkan rasa risau dengan rakaman kecelakaan yang berlaku. Dalam pada masa yang sama, mereka sempat memberikan kata-kata semangat dan mendoakan keadaan Hafizh.

Sama-sama kita doakan agar pelumba kesayangan Negara ini kembali pulih seperti sedia kala dan mampu beraksi dengan sempurna pada perlumbaan akan datang.

Sesungguhnya setiap musibah adalah dari tangan kita sendiri. Diharapkan Hafizh lebih berhati-hati dalam setiap aksinya kelak dan jadikan ujian kali ini sebagai peringatan kepada diri sendiri.

Kongsi artikel ini: